Tular Video Pemain JDT, Ariff Aiman Dilihat Jual Burger Raih Perhatian Ramai

Semoga cepat sembuh!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @dzarulaimann (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kecemerlangan Arif Aiman Hanapi di padang hijau sememangnya tidak dapat disangkal, sering kali mencuri tumpuan dengan larian deras dan kemahiran menggelecek yang mengagumkan

Namun, baru-baru ini, bintang muda Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sekali lagi menjadi tumpuan ramai, bukan kerana aksi di atas padang, tetapi di hadapan sebuah kuali.

Beliau menjadi perhatian umum selepas tularnya sebuah rakaman video menerusi akaun Threads @dzarulaimann.

Rakaman tersebut memaparkan sisi berbeza pemain sayap kebangsaan itu yang menunjukkan kemahiran memasak burger, sekali gus membuktikan beliau turut mempunyai bakat tersembunyi di luar arena bola sepak profesional.

SAYS.com
Image via @dzarulaimann (Threads)
SAYS.com
Image via @dzarulaimann (Threads)

Berehat susulan daripada kecederaan hamtring, namun dilaporkan kembali jalani latihan

Menerusi laporan Berita Harian, pemain sensasi JDT dan Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi, kini sedang dalam fasa pemulihan selepas mengalami kecederaan hamstring ketika aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 18 November lalu.

Kecederaan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu memaksa beliau hanya sempat beraksi selama lapan minit sebelum digantikan oleh Faisal Halim.

Akibatnya, beliau terpaksa menjalani pembedahan di Finland dan dijangka berehat selama tiga bulan, satu kehilangan besar buat kekuatan jentera pasukan.

Walau bagaimanapun, perkembangan terbaharu yang dikongsi sendiri oleh Pemain Paling Bernilai (MVP) itu menerusi Instagram menunjukkan petanda positif.

Dengan kapsyen 'work in progress', Arif Aiman mengesahkan beliau kini sudah kembali menjalani latihan pemulihan.

SAYS.com

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik