Tular Video Mercun ‘Estetik’ Curi Tumpuan Ramai – “Boleh Buat Video Sweet Dengan Pasangan”

Admin pun nak carilah mercun kipas ni, cantik kalau bergambar!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi tradisi setiap kali tibanya musim Hari Raya Aidilfitri, ramai akan membeli pelbagai jenis mercun untuk bermain bersama keluarga dan saudara-mara

Baru-baru ini, tular pula sebuah video di laman Threads memaparkan sepasang suami isteri bermain mercun 'estetik' telah menarik perhatian warganet.

Menerusi perkongsian daripada @nadiahhjamaluddin, kelihatan mereka berdua memegang mercun yang sama dan apa yang menariknya, percikan api yang keluar nampak sangat cantik dan kelihatan seperti kipas berpusing.

Susulan tularnya video tersebut, ramai yang turut teracun untuk membeli mercun Windmill Aerovane itu

"Tahun lepas berulang ye beli mercun ni, estetik sangat. Boleh la buat video suwit sawit dengan laki hahahahahha. Cepat tahun ni ada ke lagi semart dari nii, nak suruh laki belikan," tulisnya.

Lihat video di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via