Tular Video Lelaki Selamba Rebus Daging Mentah Dalam ‘Kettle’ Hotel Dikecam Ramai Warganet
Gelinya tengok, lepas ini better bawa kettle sendiri jelah.
Cover image via @8dayssg (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau menginap di hotel, cerek elektrik ialah antara barang yang paling ramai guna
Sama ada nak bancuh kopi, buat mi segera, atau siapkan susu anak kecil, tidak dinafikan ia memang penyelamat ramai pelanggan.
Namun baru-baru ini, satu video yang tular di luar negara membuatkan orang ramai rasa trauma untuk guna kettle di hotel lagi.

Menerusi rakaman yang tersebar di media sosial, beberapa individu dilihat memasukkan daging mentah ke dalam cerek elektrik untuk direbus
Video itu bukan saja mencetuskan rasa geli, malah mengundang perdebatan soal kebersihan. Lebih-lebih lagi jika daging yang dimasak adalah daging khinzir, ia sudah jatuh hukum haram untuk umat Islam gunakan semula.
Susulan itu, pempengaruh Malaysia, Mekyun turut meluahkan rasa kecewa apabila melihat peralatan hotel disalahgunakan sesuka hati oleh tetamu tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, tindakan seperti itu jelas mementingkan diri sendiri kerana mengundang risiko kepada orang lain yang turut menggunakan kettle tersebut.
Rupa-rupanya ada lagi rahsia gelap di sebalik cerek hotel ramai tak tahu
Nak tahu apa yang lebih menyakitkan hati dan buat ramai terkejut? Seorang lelaki tempatan yang pernah bekerja dalam bidang servis pembersihan hotel mendedahkan dia pernah jumpa sarung kondom berisi sisa air mani di dalam cerek elektrik ketika membersihkan bilik.

Rentetan daripada pendedahan itu, ramai netizen mengaku mereka tidak berani guna kettle hotel lagi. Sebagai langkah selamat, ada yang mencadangkan lebih baik bawa cerek sendiri setiap kali menginap di hotel.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



