Tular Video Gelandangan Campak Makanan Infak, Netizen Cadang Salur Pada Pelajar IPT Yang Kelaparan

"Dia macam dah besar kepala ek sebab ramai yang kenal dia" – Netizen.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @tend.onect (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu video tular di TikTok mencetuskan perdebatan hangat apabila seorang wanita gelandangan dikatakan mencampak makanan sumbangan yang diberikan kepadanya

Menerusi video pendek yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @tend.onect menunjukkan usaha mereka mengagihkan chicken tenders Rahmah hasil infak orang ramai kepada gelandangan di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Namun, situasi bertukar tegang apabila seorang wanita tidak berpuas hati dengan jumlah makanan yang diterimanya.

"Kami tunaikan infak orang ramai beri chicken tenders Rahmah kepada gelandangan Chow Kit, tetapi dia nak mengamuk.

"Dia minta dua untuk anak kucing dia. Siap buang makanan itu. Aku takut nak rakam selebihnya, tetapi memang kenyang makan maki,"
katanya.

SAYS.com
Image via @tend.onect (TikTok)

Lebih mengejutkan, wanita itu juga meminta wang secara paksa, dan apabila permintaannya ditolak, dia bertindak semakin agresif

"Dia muncul tidak tahu dari mana minta duit aku tak bagi juga, lagilah dia mengamuk, campak makanan dan aku 'speechless' (terkedu). Penat aku goreng, bungkus dan orang buang (makanan) begitu sahaja," katanya lagi.

Video berdurasi singkat itu kini meraih lebih 700,000 tontonan, dengan ramai netizen meluahkan rasa kecewa serta marah kerana tindakan tersebut dianggap tidak menghargai sumbangan orang ramai.

Susulan kejadian tersebut, ramai yang mencadangkan agar sumbangan makanan dan infak disalurkan kepada pihak yang benar-benar memerlukan, khususnya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang sering berdepan kos sara hidup tinggi.

SAYS.com
Image via @tend.onect (TikTok)

Lihat video di bawah:

@tend.onect

tunaikan infaq hrtu. tp kena maki sebakul dgn dia. allahu. sabar jelah. #infaq #fyp #homeless

♬ original sound – Tend.One – Tend.One

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik