Tular Rakaman Entiti Pendekar Siap Bertanjak & Bersamping Di Bukit Jugra, Penampakan Atau Kebetulan?
Seramlah pula!
Cover image via Aizat Mohd Arshad (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau anda seorang yang suka aktiviti hiking sambil rakam konten, mungkin kejadian ini akan buat anda tengok balik rakaman itu dua tiga kali
Kali ini bukan sebab view lawa, tetapi sesuatu yang tidak disangka-sangka muncul dalam frame.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama Aizat Mohd Arshad menjadi bualan warganet selepas berkongsi satu rakaman pelik sewaktu mendaki Bukit Jugra, Banting.
Dalam video yang dimuat naik di Facebook, Aizat yang sedang merakam wajah sendiri sewaktu mendaki secara tidak sengaja turut terakam satu kelibat misteri di belakangnya.


Entiti itu seakan memakai tanjak dan bersamping
Apa yang menjadikan rakaman itu tular adalah kerana kelibat tersebut kelihatan seperti berpakaian ala-ala seorang pahlawan Melayu zaman silam siap lengkap dengan tanjak di kepala dan bersamping di pinggang.
Apa yang lebih menyeramkan, entiti tersebut tiba-tiba menghilang dan muncul pula seekor anjing mengikutinya dari belakang.
"Pagi tadi solo naik bukit, aku saja record cari kak mala kat depan, aku sorang kat belakang, takde sesiapa pun dekat belakang aku. Bila aku tengok balik video tu ada sorang kat belakang aku, beberapa saat kemudian aku tgk balik video tu takde siapa pun," tulisnya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



