Tular Rakaman CCTV Doktor Didakwa Cuba ‘Goda’ Staf Sebelum Ajak Masuk Bilik
Difahamkan, doktor itu ialah individu sama yang tular baru-baru ini.
Cover image via @panas_hahameme (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Belum reda lagi dengan isu doktor yang dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan seorang staf wanita, kini tular pula dua rakaman CCTV baharu yang mengundang bualan ramai
Menerusi perkongsian video di Instagram, insiden pertama dikatakan berlaku pada 29 April lalu sekitar jam 1.20 petang.
Dalam video berkenaan, kelihatan seorang lelaki berbaju hijau dipercayai doktor menghampiri seorang staf wanita bertudung. Lebih mengejutkan, dia dilihat menarik sedikit pakaian wanita tersebut seolah-olah memberi bayangan untuk mengajaknya masuk ke dalam biliknya.

Video kedua pula menunjukkan seorang staf wanita sedang membuat kerja manakala seorang individu lain, dipercayai doktor, duduk di sebelahnya
Menurut dakwaan ramai, kedua-dua rakaman tersebut melibatkan doktor yang sama seperti kes viral baru-baru ini.
Namun begitu, setakat ini belum ada pengesahan rasmi dan kesahihan perkara tersebut masih belum dapat dipastikan.

Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



