Tular Papan Tanda Di Pulau Pinang Larang Bagi Makan Haiwan Terbiar, Denda Sehingga RM500
Papan tanda berkenaan turut memaparkan logo rasmi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) serta gambar beberapa haiwan.
Cover image via @shancool5 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular di media sosial satu hantaran yang mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen apabila memaparkan papan tanda amaran yang melarang orang awam memberi makan kepada haiwan jalanan di Pulau Pinang
Papan tanda tersebut dengan jelas menegaskan larangan memberi makanan kepada anjing dan kucing jalanan di kawasan awam, sambil menyatakan bahawa tindakan itu boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti sampah berselerak, populasi haiwan meningkat, serta gangguan kepada ketenteraman awam.
Bagaimanapun, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa tidak setuju dengan tindakan itu.
Bagi mereka, haiwan jalanan juga berhak untuk hidup, dan memberi mereka makan bukanlah satu kesalahan sebaliknya satu bentuk kasih sayang serta tanggungjawab kemanusiaan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Beuaty JournalCadang pihak berkuat kuasa untuk sediakan alternatif lain
Menurut satu hantaran TikTok oleh pengguna @shancool5, papan tanda berkenaan turut memaparkan logo rasmi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) serta gambar beberapa haiwan seperti kucing, anjing, dan burung semuanya dikategorikan sebagai haiwan jalanan.
Papan tanda itu turut menyenaraikan beberapa sebab larangan tersebut, antaranya mencemarkan kawasan sekitar, mengubah tabiat semula jadi haiwan mencari makanan, menyebabkan haiwan menguasai kawasan tertentu, meningkatkan populasi haiwan jalanan dan mengundang gangguan kepada orang awam.

Hantaran itu menarik perhatian netizen yang membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi.
Ada yang bersetuju dengan tindakan tersebut atas alasan menjaga kebersihan awam, namun tidak kurang juga yang berpendapat bahawa haiwan jalanan tidak wajar dipersalahkan kerana mereka juga memerlukan makanan untuk terus hidup.
Beberapa pengguna turut mencadangkan agar pihak berkuasa menyediakan alternatif seperti kawasan khas pemberian makanan atau program komuniti penjagaan haiwan bagi mengurus populasi dengan lebih berperikemanusiaan.
Perdebatan ini sekali lagi membuka persoalan sejauh mana masyarakat mampu menyeimbangkan antara kebersihan bandar dan nilai empati terhadap haiwan jalanan, yang semakin menjadi isu di kawasan bandar besar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



