Tular Kes Pendedahan Pablo Escobar Langkawi 2.0, Mr A Dikenali Ramai
Difahamkan, Mr A ada konco-konco berada di lapangan yang bekerja dengan penuh efisyen.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dadah 'pop' telah menjadi antara yang terkenal di Langkawi terutamanya golongan muda
Itulah dadah yang telah dijual oleh satu sindiket pengedaran yang diketuai oleh seorang anggota polis dikenali sebagai 'Mr A'.
Dadah ini merujuk kepada pil ekstasi yang dijual di premis hiburan dan bar menjadi kegilaan golongan muda dengan harga RM50 sebiji. Manakala dadah ketamin dijual RM100 dan syabu pula dijual dengan RM50.
Menurut laporan dari Harian Metro, Mr A sangat dikenali warga tempatan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kawasan itu kata seorang individu yang ditemuduga.

Gambar sekadar hiasan
Image via Harian MetroAda rangkaian tersusun, pengaruh besar sehingga ramai segan
Menurut individu itu, Mr A adalah seorang penguat kuasa dan mempunyai pengaruh yang besar.
"Dia bukan bergerak seorang diri, dia ada rangkaian yang saya boleh katakan agak tersusun, termasuk 'konco-konco' yang kebanyakannya wanita dan mereka ini yang banyak berada di lapangan.
"Aktiviti yang didakwa itu dipercayai berlaku secara berperingkat dan semakin meluas sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan tumpuan di kawasan tumpuan pelancong," katanya kepada Harian Metro.

Sekadar gambar hiasan.
Image via Azhan.coKartel itu telah lama menguasai beberapa lokasi pusat hiburan dan beroperasi sehingga 5 pagi.
"Kalau malam minggu memang sangat jelas pergerakan mereka sebab kawasan pusat hiburan itu akan jadi sangat sibuk sampai awal pagi dan dari apa yang saya lihat memang ada aktiviti yang tidak biasa berlaku.
"Mereka (kartel) bergerak dalam kelompok kecil, ada yang urus pelanggan, ada yang jaga kawasan dan ada juga yang urus urusan tertentu yang saya sendiri tak pasti secara terperinci," katanya.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menyiasat rangkaian pengedaran dadah di Langkawi
Mengikut laporan Harian Metro, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengatakan tiada kompromi akan diberikan kepada mana-mana anggotanya yang didapati dalam kegiatan jenayah.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail
Image via Harian Metro"Perkara itu masih lagi dalam siasatan. Saya perlu pastikan siapakah yang terbabit, individu yang berkaitan atau mana-mana kumpulan-kumpulan yang terbabit. Jadi kita tidak dapat nak komen (lanjut) buat sementara ini," katanya.
Selepas kematian Pablo Escobar Langkawi Mat Nahar, enam tahun lalu, kini muncul semula satu rangkaian pengedaran dadah yang beroperasi secara tersusun di sekitar pulau Langkawi yang dipercayai didalangi anggota polis dikenali sebagai 'Mr A'.
Dipercayai konco Mat Nahar kini telah bekerja bersama Mr A sekaligus menyebabkan hal masalah dadah di pulau peranginan itu tidak pernah selesai.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 