Tular Gambar Kain Rentang Larang Sewa Pada Warga Asing Di Sebuah Kawasan Perumahan

Difahamkan, komuniti berkenaan juga ingin sasar rekod sifar warga asing di kawasan perumahan itu.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah hantaran di laman Facebook melalui group Bandar Baru Bangi Community telah mencetuskan perdebatan apabila memaparkan kain rentang peringatan mengenai larangan menyewa rumah kepada warga asing

Tulisan pada kain rentang tersebut menegaskan bahawa pemilik kediaman hanya digalakkan menyewakan rumah kepada rakyat tempatan sahaja.

Malah, mesej yang dipaparkan juga memperlihatkan matlamat komuniti berkenaan untuk mencapai 'rekod sifar' penyewa asing di kawasan perumahan tersebut.

Bagi menegaskan pendirian itu, mesej larangan turut diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain agar difahami oleh pelbagai pihak.

Ada yang menyokong tindakan ini, ada juga yang menyalahkan pemilik rumah

Gambar sekadar hiasan. Image via Signsetters

Walaupun lokasi sebenar kain rentang tersebut tidak dapat dipastikan, ia tular dengan pantas dan menjadi topik hangat di media sosial.

Sebahagian warganet menyokong tindakan itu dan menganggapnya sebagai langkah wajar bagi menjaga kepentingan penduduk tempatan.

Namun, tidak kurang juga yang menyalahkan pemilik rumah sendiri, mendakwa ada antara mereka yang lebih rela menyewakan kepada warga asing kerana mampu mengenakan kadar sewaan lebih tinggi.

Isu keselamatan turut disentuh apabila ada pengalaman dikongsi mengenai penyewa asing yang menimbulkan masalah serta mengganggu kehamornian di kawasan kejiranan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: