Tular Di Media Sosial, Ini Asal Usul Sebenar ‘Meme ‘Reginald Skulinski Eating’ Dari Monster House

Difahamkan, meme itu digunakan untuk memberi reaksi 'kecewa'.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini satu meme reaksi untuk menunjukkan kekecewaan atau ketidakpercayaan banyak kali digunakan terutamanya di media sosial

Meme ini menggunakan tangkapan skrin watak dari filem animasi seram komedi pada tahun 2006 iaitu Monster House.

Watak yang digunakan sebagai meme ini adalah karakter Reginald Skulinski makan dalam satu babak ikonik dalam filem itu. Meme ini sebenarnya telah lama tersebar sejak tahun 2018 lagi.

Tetapi gambar Reginald Skulinski digunakan kerana reaksi satu frame menunjukkan Reginald sangat kecewa atau tidak percaya dengan apa yang didengari.

SAYS.com

Monster House (2006)

Image via @Sony / X

Jadi apa itu Meme Monster House Reginald Skulinski?

Monster House adalah filem animasi seram komedi menceritakan satu rumah hidup yang memakan manusia. Setelah mengetahui perkara ini, watak protagonis membuat keputusan untuk menghentikan raksasa ini sebelum Halloween supaya dia tidak memakan kanak-kanak yang datang untuk trick-or-treat.

Dalam satu babak dalam filem ini, protagonis dan kawannya berada di satu restoran pizza bercampur arked dan bercakap dengan seorang pekerja bernama Reginald "Skull" Skulinski. Skull tahu rumah itu adalah seekor raksasa dan memberikan mereka informasi bagaimana untuk mengalahkan raksasa itu.

Ketika itu Skull memberitahu "Saya tidak akan jumpa awak lagi" kemudian terus pergi. Beberapa saat selepas itu, dia kembali berjalan semula mencuri makanan budak-budak itu sambil memberikan satu renungan yang mendalam dan terus melarikan diri.

Ini adalah antara babak paling diingati dalam Monster House.

Bagaimana cara meme ini digunakan?

Meme ini telah berubah menjadi satu meme reaksi yang digunakan untuk menunjukkan kebimbangan, kekecewaan dan kerisauan mengikut kapsyen yang diberikan.

Konteks itu mestilah digunakan sebagai reaksi mendengar sesuatu yang mengecewakan.

SAYS.com
Image via X

Malah Sony sendiri selaku pengeluar filem ini turut membuat reaksi yang sama apabila ramai orang terlupa dengan nama filem animasinya ini.

Sudah semestinya netizen-netizen Malaysia juga tidak terlepas dengan menggunakan meme Reginald Skulinski. Ada yang mempunyai versi-versi sendiri dari Makcik Bawang, Abang Shell, Akak Zus, Akak Watsons dan pelbagai lagi jenis-jenis lain.

SAYS.com
Image via fazweenafaz / Threads
SAYS.com
Image via fazweenafaz / Threads

Kadang-kadang meme ini muncul dari pelbagai tempat merentasi masa. Siapa sangka filem animasi yang keluar 20 tahun lalu datang semula pada tahun 2026 untuk menjadi meme yang semakin viral?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: