Tukar Nama ASWARA Ke Universiti P. Ramlee, Dana & Akta Jadi Cabaran Utama

Difahamkan, penjenamaan ini bakal menjadi satu penghormatan besar kepada maestro seni negara.

Enlarge text
Cover ImageCover image via ASWARA & KBA13
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) mencadangkan penjenamaan kepada Universiti P.Ramlee (UPR)

Sebenarnya cadangan ini telah pun diumumkan pada tahun 2018, tetapi tidak dapat diteruskan kerana melibatkan isu perundangan dan kewangan.

Pada tahun ini, cadangan mengangkat ASWARA sebagai Universiti P.Ramlee bakal menjadi satu penghormatan yang besar kepada maestro seni negara.

SAYS.com
Image via ASWARA

Pihak ASWARA mengatakan bahawa langkah ini bukan sekadar simbolik, tetapi perlu melihat transformasi yang menyeluruh seperti struktur organisasi, kekuatan kewangan dan rangka perundangan yang lebih kompleks.

Penukaran nama perlu dinilai secara bersepadu

Menurut laporan daripada Bernama, perkara ini disentuh oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik (Menanggung Kerja Jawatan Rektor) ASWARA Prof Madya Dr. Zulkifli Ab Rashid.

"Penjenamaan ini menuntur komimen kewangan, pembangunan baharu serta penstrukturan semula pentadbiran yang menyeluruh. Untuk menjadi universiti penuh, ASWARA memerlukan dana yang besar serta penyusunan semula organisasi. Buat masa ini, kita tidak mempunyai dana sedemikian," katanya.

SAYS.com

Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik (Menanggung Kerja Jawatan Rektor) ASWARA Prof Madya Dr. Zulkifli Ab Rashid.

Image via ASWARA

Beliau juga mengakui idea ini lahir daripada kecintaan terhadap seni dan tokoh berkenaan tetapi ASWARA pada masa ini masih belum bersedia untuk beralih kepada status universiti penuh.

"ASWARA ditubuhkan di bawah Akta 653, manakala universiti awam tertakluk di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti. Sebarang perubahan status memerlukan penelitian semula kedua-dua akta berkenaan serta kelulusan di peringkat Parliment," tambah beliau lagi.

Menurut Dr. Zulkifli, dari segi struktur akademik, ASWARA sudah berada pada tahap universiti dan nama UPR tidak akan menjejaskan kualiti atau tahap pengajian.

Legasi Allahyarham P. Ramlee turut diperkasakan dengan pelaksanaan Kursi P. Ramlee di peringkat pascasiswazah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: