Satu Daripada Empat Mangsa Keganasan Domestik Di Malaysia Adalah Lelaki
Difahamkan, banyak kes tidak dilaporkan mangsa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Keganasan domestik boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan perkara ini tidak akan mengira jantina
Dilaporkan oleh The Star, dari 7,381 kes keganasan domestik yang dilaporkan seluruh negara. 1,961 kes melibatkan mangsa lelaki.
Kenyataan ini telah dibuat oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying.
Kesemua kes ini adalah berdasarkan data daripada polis dan data ini menunjukkan peningkatan 7,116 pada tahun 2024 ke 7,391 pada tahun 2025.

Banyak kes tidak dilaporkan mangsa
Menurut beliau, sejak Mac ini, sebanyak 1,955 kes direkodkan tetapi banyak kes keganasan rumah tangga yang tidak dilaporkan.
"Peningkatan kes keganasan domestik adalah satu perkara serius," ujar Lim.

Lim ketika membuat kenyataan ini baru sahaja melancarkan Prismanita iaitu satu one-stop centre untuk memberi bantuan lebih cepat bagi wanita yang menghadapi krisis keluarga atau domestik.

Gambar sekadar hiasan
Image via Free Malaysia Today"Lain daripada agensi penguatkuasaan, pusat ini tidak mempunyai kuasa pendakwaan, sebaliknya menjadi fasilitator untuk memastikan mangsa-mangsa mendapat bantuan dan agensi yang sesuai mengikut krisis," tambahnya lagi.
Lim juga menambah kerajaan akan memastikan keganasan domestik dilawan dengan undang-undang, polisi dan mekanisme seperti Jawatankuasa Pengendalian Keganasan Domestik.
Satu intervensi psikologikal juga akan dibuat kepada mangsa untuk membantu emosi, psikologi dan trauma sosial mereka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 