Tujuh Klinik Kesejahteraan Lelaki Diwujudkan Bagi Rawatan Ketidaksuburan
Rawatan subfertiliti mampu milik oleh LPPKN telah berterusan sejak 1979.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini memperhebatkan langkah intervensi segera untuk menangani isu peningkatan masalah kesuburan dalam kalangan pasangan tempatan
Menerusi laporan Berita Harian, Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, langkah ini termasuk penyediaan rawatan subfertiliti berkos berpatutan melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), yang telah dimulakan sejak 1979, selain penganjuran program advokasi berskala besar.
Beliau menambah, bagi menangani faktor ketidaksuburan yang berpunca daripada pihak lelaki, tujuh Klinik Kesejahteraan Lelaki telah diwujudkan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Hello SehatLPPKN sediakan strategi menangani penurunan kadar kesuburan
Klinik-klinik ini menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk saringan kesihatan, rawatan masalah seksual, kaunseling, dan pemantauan gaya hidup sihat.
"LPPKN juga memperkenalkan Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BUAI) yang menawarkan rawatan prosedur permanian beradas (IUI) percuma kepada 1,300 pasangan di samping advokasi yang menyasarkan 30,000 penerima manfaat.
"Kementerian juga melaksanakan program advokasi berskala nasional termasuk Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2025 yang menekankan pemerkasaan golongan muda untuk merancang keluarga dalam persekitaran yang adil dan menyokong," katanya pada sesi penggulungan perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Image via BernamaDalam usahanya menangani isu penurunan kadar kesuburan penduduk, Noraini memaklumkan bahawa Pelan Hala Tuju Kesuburan Negara bagi tempoh 2026 hingga 2030 sedang giat dirangka.
"Pelan sedang dirangka LPPKN yang bertujuan menyediakan strategi komprehensif untuk menangani kadar kesuburan yang semakin menurun, selain memastikan akses lebih meluas kepada rawatan subfertiliti dan sokongan perancangan keluarga bagi pasangan muda.
"Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk rawatan kesuburan serta diberi pengecualian cukai sehingga RM10,000 untuk rawatan kesuburan. Selain itu, pegawai kerajaan layak tuntutan perubatan berkaitan rawatan ini," katanya.
Selain itu, Timbalan Menteri tersebut turut menyambut baik cadangan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) untuk melibatkan syarikat insurans dalam pembiayaan rawatan IVF, menunjukkan KPWKM terbuka untuk libat urus tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 