Tugu Misteri Diserbu Selepas Tular Ada Simbol ‘Freemason’, Dibina Tanpa Kelulusan PBT

Kewujudan tugu itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat, khususnya masyarakat Muslim.

Enlarge text
Cover ImageCover image via YB Asna (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah tugu misteri di Bandar Tasik Senangin, Negeri Sembilan yang didakwa mempunyai simbol berkait dengan Freemason

Menerusi sebuah posting di Facebook, ia sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat, khususnya masyarakat Muslim.

Difahamkan, tugu berkenaan dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) kira-kira dua minggu lalu, dan mula menarik perhatian selepas beberapa gambar dan video mengenainya tersebar di media sosial.

ADUN Lenggeng panggil penguat kuasa, kawasan ditutup serta-merta

Dalam pada itu, penduduk sekitar meluahkan rasa tidak selesa dan bimbang apabila melihat simbol pada tugu tersebut yang disifatkan mencurigakan dan boleh menimbulkan kekeliruan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin, turut mengesahkan menerima aduan daripada penduduk mengenai perkara itu.

"Pembinaan tugu ini, walaupun sederhana, tetapi telah menimbulkan kegusaran terhadap penduduk sekitar. Buat makluman, kawasan sini adalah majoriti penduduk muslim, jadi perkara- perkara yang menimbulkan suasana tegang dikalangan rakyat perlu di elakkan.

"Selaku YB ADUN kawasan, saya telah mengambil tindakan memanggil peguatkuasa tempatan bagi meredakan ketagangan ini. Kepada penduduk Bandar Tasik Senangin, Insyallah, saya sentiasa perjuangkan kebaikan rakyat kawasan saya,"
tulisnya.

Kawasan tersebut dipasang notis halangan awam di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974

Susulan itu, pihak berkuasa dilaporkan telah mengeluarkan notis halangan awam di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), dan menutup kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang aktiviti pembinaan lanjut.

Langkah itu diambil bagi memastikan tiada penambahan struktur atau sebarang kegiatan yang boleh menimbulkan kekeliruan awam dilakukan di lokasi terbabit.

Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via