“Tu Duit Minyak Aku Pergi Kerja” – Lelaki Trauma Disamun Ketika Pulang Kerja Di Penang

Bahaya betul zaman sekarang ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @adammamu6 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular di media sosial sejak semalam, sebuah video memperlihatkan seorang lelaki mendakwa dirinya menjadi mangsa samun sekumpulan penunggang motosikal, termasuk seorang wanita

Difahamkan, kejadian berlaku di Jalan Bukit Ayun, Bayan Lepas semasa dia hendak pulang ke rumah.

Menerusi rakaman berdurasi 2 minit 43 saat itu, kelihatan mangsa yang menunggang motosikal menceritakan detik cemas yang dilalui apabila kumpulan tersebut didakwa bertindak nekad merampas wang tunai miliknya.

SAYS.com
Image via @adammamu6 (TikTok)

Masih trauma denga kejadian yang berlaku

Menurut lelaki itu, sejumlah RM93 dilarikan oleh individu-individu terbabit, meninggalkannya dalam keadaan panik dan tidak berdaya melawan.

Insiden itu berlaku ketika dia ditahan oleh sekumpulan individu yang menunggang tiga buah motosikal sebelum mereka bertindak merampas wang tunai miliknya.

Katanya lagi, meskipun jumlah yang dikebas hanyalah RM93, namun pengalaman itu cukup untuk meninggalkan kesan trauma yang mendalam kepadanya.

Rakaman berkenaan yang tular di media sosial juga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang meluahkan rasa simpati, tidak kurang juga yang meninggalkan komen berupa tanda tanya kerana mahu mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian sebenar.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik