Trump Tegaskan Tiada Penduduk Palestin Akan Diusir Dari Gaza Di Bawah Pelan Gencatan Senjata Baharu
Trump turut menggambarkan pelan berkenaan sebagai pelan damai yang hebat yang mendapat sokongan semua pihak terlibat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Presiden Donald Trump menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan diusir dari Semenanjung Gaza di bawah pelan gencatan senjata 20 perkara yang dicadangkannya
Menurut laporan Kosmo!, beliau berkata sedemikian dalam satu kenyataan yang sekaligus menepis kebimbangan mengenai kemungkinan pengusiran besar-besaran.
Difahamkan, Trump berkata perjanjian itu kini telah dimuktamadkan sepenuhnya dan menekankan bahawa pelan tersebut bertujuan membawa keamanan, bukan penderitaan baharu.
"Tiada siapa yang akan dipaksa untuk meninggalkan (Gaza). Tidak, malah sebaliknya. Kami langsung tidak berhasrat untuk melakukan perkara itu.
"Ini adalah satu pelan yang hebat. Ini adalah pelan damai yang hebat. Ini pelan yang mendapat sokongan semua pihak," katanya.

Trump turut menggambarkan pelan berkenaan sebagai pelan damai yang hebat yang mendapat sokongan semua pihak terlibat
Apabila ditanya mengenai perkembangan lanjut, beliau turut mengumumkan rancangannya untuk melawat Asia Barat hujung minggu ini bagi memantau pelaksanaan awal perjanjian tersebut.
"Saya rasa ia akan menjadi sesuatu yang hebat. Saya rasa semua tebusan akan dibebaskan pada Isnin atau Selasa (depan).
"Saya mungkin akan berada di sana (Gaza). Saya berharap dapat berada di sana. Kami merancang untuk berangkat pada Ahad ini dan saya menantikannya," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 