Trump Puji Reka Bentuk Kereta Kecil Di Malaysia – “Very Small & Really Cute!”

Beliau turut mengumumkan kelulusan segera pengeluaran model kompak di AS.

Enlarge text
Cover ImageCover image via ECFR & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan bahawa kerajaan kini memberi kelulusan segera kepada pengeluaran kereta bersaiz kecil di negara itu

Menurut laporan Berita Harian, keputusan tersebut dibuat selepas beliau melihat sendiri populariti kenderaan kompak ketika lawatan rasmi ke Malaysia, Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara Asia lain baru-baru ini.

Trump berkata, model kecil seperti itu yang digambarkan mirip Volkswagen Beetle mempunyai daya tarikan tersendiri dan berpotensi mendapat sambutan besar dalam pasaran domestik AS.

"Kebanyakan pengguna berminat dengan pengeluaran kereta bersaiz kecil, namun pengeluar kereta sebelum ini tidak dibenarkan membina kereta seperti itu.

"Saya sudah memberi kuasa kepada Setiausaha (Jabatan Pengangkutan) untuk meluluskan pengeluaran kereta berkenaan dengan segera, jadi rakyat akan dapat membelinya," katanya.

SAYS.com
Image via REUTERS

Beliau turut memuji reka bentuk kereta kompak buatan Jepun, khususnya Honda, yang disifatkan sebagai minimalis, menarik dan lebih praktikal untuk pemanduan harian

"Sebelum ini ia tidak dibenarkan dihasilkan di AS dan yakin kereta kecil berkenaan akan mendapat sambutan hangat serta pasaran yang besar.

"Kereta berkenaan sangat baik, lebih murah dan memberi peluang kepada rakyat untuk memiliki kereta baharu berbanding kereta lama yang mungkin kurang memuaskan. Syarikat automotif kini boleh mula mempertimbangkan peluang ini,"
katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Syarafiq Abd Samad (NSTP)

Sementara itu, Setiausaha Jabatan Pengangkutan AS, Sean Duffy, mengesahkan bahawa pihaknya telah melonggarkan beberapa peraturan bagi membolehkan syarikat seperti Toyota serta pengeluar global lain memasarkan kereta kompak mereka di AS tanpa halangan besar.

"Kami sudah mempermudahkan semua peraturan supaya mereka (syarikat pengeluar kereta) boleh menghasilkan kereta berkenaan di AS dan menjualnya di negara ini," katanya.

Lihat video sidang media di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: