Trump Kini Disahkan Hidap Penyakit Urat Kronik – White House
Difahamkan, perkara itu telah disahkan oleh pihak White House semalam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, disahkan menghidap kekurangan vena kronik
Menurut laporan Kosmo!, ia merupakan satu keadaan yang biasanya berlaku kepada warga emas selepas beliau mengalami bengkak di kaki dan lebam di tangan.
Difahamkan, perkara itu telah disahkan oleh pihak White House semalam.

Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt, berkata, Trump yang kini berusia 79 tahun menjalani pemeriksaan kesihatan selepas mengalami bengkak ringan di bahagian bawah kaki sejak beberapa minggu lalu
Berdasarkan nota perubatan daripada doktor peribadi Trump, Kapten Sean Barbabella, beliau telah menjalani pelbagai ujian diagnostik termasuk ultrabunyi doppler vena bagi menilai kondisi saluran darahnya.
"Ultrabunyi doppler vena dan memperbaharui kekurangan vena kronik dilakukan tetapi keadaannya adalah tidak berbahaya, terutamanya pada individu yang berumur lebih 70 tahun," katanya.
Dalam kenyataan sama, Leavitt turut memaklumkan bahawa hasil ujian makmal Trump tidak menunjukkan sebarang tanda kegagalan jantung, kerosakan buah pinggang mahupun penyakit sistemik lain.
White House menegaskan bahawa secara keseluruhan, kesihatan Trump berada dalam keadaan sangat baik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 