Trump Dijangka Hadir Sidang Kemuncak ASEAN-AS Di Malaysia Oktober Ini

Difahamkan, PMX telah menyampaikan jemputan rasmi kepada Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Biography & The Sun
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dijangka akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN-AS yang akan berlangsung di Malaysia pada Oktober ini

SAYS.com
Image via ABC News

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump

Image via ABC News

Menurut laporan Buletin TV3, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan jemputan rasmi kepada Presiden Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

Menerusi hantaran di Instagram, PM berkata jemputan itu disampaikan menerusi Setiausaha Negara AS, Marco Rubio yang melakukan kunjungan hormat ke atas beliau.

"Malaysia kekal yakin bahawa kerjasama erat dengan AS bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala, malah menjadi pemangkin kepada kestabilan, kemakmuran dan keamanan rantau Indo-Pasifik secara keseluruhan," katanya.

SAYS.com
Image via @anwaribrahim_my (Instagram)

Difahamkan, pertemuan itu diadakan di Bangunan Parlimen dan ia merupakan lawatan sulung Rubio ke Asia sebagai Setiausaha Negara selepas dilantik ke jawatan itu awal tahun ini

"Pertemuan ini membuka ruang kerjasama lebih luas dalam bidang pelaburan digital, kecerdasan buatan (AI), pertahanan serta pendidikan. Kami turut bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau yang mendesak termasuk situasi di Palestin, Ukraine dan Myanmar.

"Saya juga menegaskan kebimbangan Malaysia terhadap pelaksanaan tarif import 25 peratus oleh AS seperti yang diumumkan Presiden Donald Trump," katanya lagi.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Lihat hantaran itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: