Trio Taekwondo Wanita Malaysia Cipta Kejutan, Tundukkan Thailand & Sambar Emas Poomsae Di Sukan SEA 2025
Tahniah trio hebat!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa sangka, pasukan taekwondo wanita negara berjaya mencatat kemenangan luar jangka ke atas pilihan utama, Thailand dan sekali gus menghadiahkan Malaysia pingat emas yang tidak disangka-sangka di Sukan SEA 2025!

Menurut laporan Berita Harian, aksi penuh dramatik itu berlangsung di Fashion Island, Bangkok, dengan trio muda negara iaitu Seah Jing Ying, Wong Zin dan Yow Mei Yee yang tampil dengan prestasi paling kemas musim ini.
Dalam final yang sangat sengit, trio itu mengumpul 8.560 mata, menewaskan tuan rumah Thailand yang meraih 8.450 mata.
Saat paparan 'Team Malaysia Winner' muncul di skrin, kontinjen Malaysia terus bergema dengan sorakan.
Datang untuk cari pengalaman, pulang dengan emas
Trio muda itu sebenarnya ke Bangkok lebih kepada misi mencari pengalaman, namun siapa sangka hasilnya sampai ke podium tertinggi.
Persembahan mereka dipuji kerana gerakan seirama, penuh disiplin, kekemasan teknik dan tenaga yang konsisten.
Beberapa jam sebelum itu, kem negara berdepan suasana tegang apabila beregu campuran gagal setelah rayuan penalti teknikal mereka ditolak. Tetapi ketiga-tiga atlet itu kekal matang dan tenang.

"Kami ketepikan semuanya. Fokus hanya pada rutin sendiri. Prestasi boleh dikawal, keputusan tidak," kata Jing Ying, 20.
"Rasa gementar itu memang ada, tapi tidak sampai mengganggu. Kami hanya beri fokus kepada apa yang perlu dibuat," tambah Zin.
Difahamkan, ketiga-tiga mereka berlatih sehingga lapan jam sehari di bawah kendalian jurulatih Korea, Jin Jun Beom yang menekankan pergerakan tepat, mental tenang dan keseragaman mutlak.
"Latihan kami memang sangat banyak… betul-betul banyak. Dalam lapan jam juga," kata Jing Ying.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 