Trend Kelar Tangan Sebab Cinta Tak Terbalas Semakin Membimbangkan – “Kalau Tak Di Lengan, Di Peha”

Takutnya tengok budak-budak sekarang, terlalu advanced.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini satu trend berbahaya dilaporkan wujud dalam kalangan pelajar sekolah iaitu perbuatan mengelar tangan atau peha sendiri

Lebih mengejutkan, kejadian itu bukan sekadar berlaku di sekolah menengah, tapi turut melibatkan pelajar sekolah rendah dan sekolah agama berbayar di sekitar Kuantan, Pahang.

Menurut perkongsian seorang ibu di laman Threads, selepas bertanyakan kepada beberapa anak dan rakan-rakan mereka, majoriti mengakui perbuatan itu memang berlaku di sekolah masing-masing.

"Kalau dalam 10 orang, 6 orang buat. 4 orang je tak buat. Perempuan paling ramai," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Positive Parenting

Kelar sebab crush tak layan dan cinta tak terbalas

Lebih menakutkan, antara sebab utama pelajar melakukan perbuatan tersebut dikatakan berpunca daripada masalah emosi dan hubungan perasaan seperti rasa kecewa bila 'crush' tidak membalas perasaan mereka.

Perkara itu kini menjadi kebimbangan besar dalam kalangan ibu bapa dan guru. Ramai mula tertanya-tanya, apa sebenarnya yang berlaku di sebalik trend itu. Adakah ia sekadar pengaruh media sosial, tekanan emosi, atau tanda masalah kesihatan mental yang lebih serius?

Lihat ciapan di bawah:

SAYS.com
Image via @farinilee (Threads)
SAYS.com
Image via @farinilee (Threads)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via