Trend Jijik Grok Di X Kini Guna AI Untuk Buka Tudung & Ubah Pakaian Wanita Berbikini

Antara arahan yang selalu digunakan ialah menukar pakaian wanita kepada menjolok mata seperti bikini, seksi dan membuka tudung.

Enlarge text
Cover ImageCover image via New Straits Times & BBC
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengguna X terutamanya wanita baru-baru ini diserang trend jijik iaitu menggunakan Grok untuk mengubah pemakaian mereka

Grok ialah AI Chatbot di X dan kini digunakan dengan mudah untuk membuang pakaian dan tudung wanita.

Antara arahan yang selalu digunakan ialah menukar pakaian wanita kepada menjolok mata seperti bikini, seksi dan membuka tudung.

Menurut laporan di BBC, bukan sahaja gambar wanita-wanita ini ditukar ke pakaian berbikini tetapi diolah dengan meletakkan mereka di dalam situasi yang penuh seksual.

MCMC keluar kenyataan menghasilkan kandungan ini adalah suatu kesalahan

Dua hari lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penghasilan kandungan memudaratkan menggunakan AI adalah suatu kesalahan.

SAYS.com
Image via MCMC
SAYS.com
Image via MCMC

MCMC menegaskan penghasilan dan penyebaran kandungan ini adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM)

Akta ini melarang penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian atau aplikasi untuk menghantar kandungan berunsur jelik melampau, lucah atau sumbang.

Lebih menjijikkan, Grok juga tidak menapis apabila menerima arahan menukarkan pakaian kanak-kanak dan remaja bawah umur.

SAYS.com
Image via Rednu23 (X)

Grok kini telah memperbetulkan kesalahan ini tetapi sudah terlambat kerana terlalu banyak gambar-gambar wanita dan kanak-kanak bawah umur tersebar dan telah diubah.

Pengguna X dengan bernama Azira di X ada berkongsi cara-cara untuk dibuat jika anda menjadi mangsa penggunaan Grok ini.

Cara-cara mangsa penyalahgunaan AI Grok:

  1. Laporkan kepada X menggunakan butang Report
  2. Dokumentasikan tweet, gambar dan pautan di tempat selamat dalam format PDF.
  3. Buat laporan di Portal Rasmi Aduan MCMC. Butirkan PDF yang disimpan.
  4. Membuat laporan polis di balai polis terdekat bersama-sama salinan PDF.

Menurut laporan dari New Straits Times, beberapa badan kerajaan kini dalam fasa untuk mengambil tindakan ke atas pelantar X.

Masih terdapat laporan Grok masih mengikut arahan-arahan sebegini seperti biasa tanpa apa-apa perubahan langsung sejak dua tiga hari ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: