Trend Ibu Bapa Melayu Hantar Anak Untuk Bersekolah Di SJKC Dilihat Makin Meningkat

Difahamkan, faktor demografi turut mempengaruhi penyertaan murid Melayu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Landskap pendidikan negara telah mengalami anjakan yang jelas sejak beberapa tahun kebelakangan ini

Ia susulan dengan peningkatan bilangan ibu bapa Melayu yang menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Fenomena ini disokong kuat oleh data rasmi dari Kementerian Pendidikan (KPM).

Menerusi laporan Berita Harian, fenomena ini disokong data Kementerian Pendidikan (KPM) yang menunjukkan pendaftaran pelajar Bumiputera di SJKC meningkat hampir dua kali ganda, daripada 11.67% pada 2014 kepada 18.52% tahun ini.

"Penguasaan bahasa Mandarin adalah strategi jangka panjang yang menjadi salah satu daya tarik utama SJKC bagi ibu bapa Melayu.

"Mereka mempercayai bahawa kecekapan berbahasa Mandarin akan meningkatkan peluang pekerjaan anak-anak mereka pada masa hadapan,"
katanya.

Mohd Syahidan menyatakan bahawa faktor demografi memainkan peranan. Pertambahan bilangan anak dalam keluarga Melayu menyebabkan jumlah murid Melayu mendaftar di sekolah, termasuk SJKC, meningkat terutamanya di kawasan majoriti Melayu.

SAYS.com
Image via Ramdzan Masiam/ Berita Harian

SJKC kini mencerminkan realiti masyarakat majmuk

Mohd Syahidan menekankan bahawa dalam konteks peningkatan pendaftaran murid Melayu, SJKC kini tidak lagi berstatus sekolah monoetnik seperti dahulu.

Sebaliknya, ia mula mencerminkan realiti sebenar masyarakat Malaysia hari ini yang lebih majmuk, terbuka, dan dinamik.

"Sebaliknya kadar kelahiran dalam kalangan masyarakat Cina menunjukkan sedikit penurunan, tetapi berterusan dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini.

"Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2024, faktor penurunan ini disebabkan kaum Cina memberi keutamaan kepada keluarga kecil, urbanisasi dan kos sara hidup.


"Akibatnya banyak SJKC mengalami penurunan enrolmen murid Cina. Sekolah-sekolah ini, khususnya di luar bandar, menjadi lebih terbuka menerima murid daripada kaum lain termasuk Melayu dan India bagi memastikan kelangsungan sekolah dan mengelakkan penutupan akibat ketiadaan murid," katanya.

SAYS.com
Image via New Straits Times

Mohd Syahidan menyarankan agar fenomena ini dilihat sebagai peluang penambahbaikan, di mana KPM boleh mempelajari amalan terbaik SJKC untuk diterapkan dalam semua sekolah demi manfaat sistem pendidikan.

Walau bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa ibu bapa mesti sedar penguasaan bahasa ketiga adalah proses yang sukar dan panjang, dan sesetengah murid mungkin menghadapi masalah lalu kembali semula ke Sekolah Kebangsaan.

"Keterujaan ibu bapa untuk menghantar anak ke SJKC perlu diimbangi dengan pemantauan teliti dan sokongan berterusan terhadap perkembangan dan keupayaan bahasa anak mereka.

"Aspek ini kadang kala diabaikan semasa mempertimbangkan pemilihan sekolah, walhal ia adalah pertimbangan yang sangat penting untuk menentukan kecemerlangan murid untuk jangka panjang," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: