Trend Guna QR Raih Duit Raya – “Jaga-Jaga QR Juga Boleh Disalah Guna”
Maklumat yang dikongsikan boleh disalahguna dan dikumpul oleh orang tidak bertanggungjawab.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Trend menggunakan kod respon pantas (QR) akaun bank kini tular di media sosial untuk meraih duit raya
Ramai orang di media sosial berkongsikan QR mereka semata-mata untuk meraih duit raya.
Ada juga yang mengongsikan jumlah wang yang ada di dalam akaun bank mereka semata-mata untuk memberikan 'duit raya' kepada orang ramai.
Berdasarkan laporan dari Harian Metro, pendedahan maklumat ini walaupun sedikit boleh dimanfaatkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengumpul data individu.
Mudah terdedah kepada modus operandi penipuan dan jenayah siber
Rakyat Malaysia tidak lekang dengan berita-berita modus operandi kes penipuan wang.
Menurut Konsultan Scam, Rahmat Fitri, kod QR sahaja tidak boleh digunakan untuk menggodam akaun bank seseorang.
Melalui kos QR setakat hari ini sahaja memang dia tidak boleh godam akaun bank kita, mereka (scammer) cuma boleh masukkan duit.
"Tapi sekali lagi saya katakan bahawa kod QR itu boleh menjayakan proses ataupun aktiviti penipuan yang lain apabila dia boleh digabungkan dengan phishing (pancingan data) dan penipuan panggilan telefon," katanya.

Perkongsian QR secara terbuka ini boleh memberi peluang kepada jenayah siber yang mengumpul maklumat asas pengguna untuk tujuan tertentu.
Maklumat ini sedikit demi sedikit bakal menjadikan profil seseorang itu lengkap cukup untuk digunakan penjenayah untuk meyakinkan mangsa dalam pelbagai modus operandi penipuan termasuklah menyamar sebagai pegawai bank, polis atau agensi kerajaan.
Menurut beliau lagi, orang ramai perlulah lebih berhati-hati menerima wang daripada individu tidak dikenali kerana orang-orang yang menerima wang ini berpotensi akan dikaitkan dengan kes jenayah kewangan tanpa sedar.

Mufti Pulau Pinang Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Sukki Othman
Image via Harian MetroSelain itu, Mufti Pulau Pinang Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Sukki Othman juga berpesan untuk tidak menayangkan QR bank secara terbuka untuk meminta duit raya tanpa keperluan, tidak menepati adab Islam.
"Jika ia dilakukan tanpa keperluan, ia boleh dianggap sebagai budaya meminta-minta yang tidak digalakkan dan menjejaskan maruah diri.
"Islam menggalakkan sedekah dan pemberian hadiah dengan ikhlas, bukannya melalui permintaan terbuka di media sosial," kata beliau.
Kita perlulah lebih berhati-hati dalam mengongsikan sebarang maklumat peribadi terutamanya di media sosial.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 