Toyota Lancar Vios Hybrid, Model Paling Mampu Milik Dengan Teknologi Hibrid Tempatan

Cantik juga Vios baru ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memperkenalkan Toyota Vios HEV dan Vios HEV GR Sport, membawa teknologi hibrid ke sedan segmen-B paling popular di Malaysia

SAYS.com
Image via Toyota Malaysia

Menurut laporan Berita Harian, bateri hibrid kenderaan itu dipasang secara tempatan di kilang Bukit Raja, menunjukkan komitmen Toyota terhadap industri automotif tempatan.

Vios HEV dijual pada harga RM103,900, manakala Vios HEV GR Sport bermula dari RM109,900 untuk pasaran Semenanjung Malaysia, menjadikannya model hibrid paling mampu milik dalam barisan Toyota di negara ini.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K, berkata pelaburan dalam pemasangan bateri hibrid tempatan turut memperkukuh rantaian bekalan, menyokong pembangunan industri automotif tempatan serta selari dengan agenda kemampanan negara.

"Pengenalan Vios Hybrid bertujuan memperluas akses pengguna kepada kenderaan hibrid tanpa memerlukan perubahan ketara dari segi corak penggunaan harian atau kebergantungan kepada infrastruktur pengecasan," katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

UMWT kini mempunyai barisan pemasangan bateri hibrid di kilang Bukit Raja dengan kapasiti sehingga 30,000 unit setahun, dan 97% komponen dipasang secara tempatan

Langkah tersebut dijangka mengurangkan pelepasan karbon akibat logistik import serta meningkatkan fleksibiliti pengeluaran untuk memenuhi permintaan kenderaan hibrid yang meningkat.

Barisan pemasangan dilengkapi sistem pemeriksaan automatik, ujian prestasi bateri dan kebolehkesanan penuh untuk memastikan standard global Toyota dari segi kualiti, ketahanan dan kebolehpercayaan (QDR) dipatuhi.

Prestasi Vios HEV menggunakan Sistem Hibrid Toyota, gabungan enjin petrol 1.5 liter, motor elektrik dan bateri litium-ion kompak, menghasilkan 111 PS dengan penggunaan bahan api NEDC 3.6L/100km.

Sistem hibrid pengecasan kendiri membolehkan pemanduan elektrik pada kelajuan rendah dan pengecasan semula bateri melalui brek regeneratif, meningkatkan kecekapan bahan api, mengurangkan pelepasan dan operasi lebih senyap, terutama di bandar.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Varian Vios HEV GR Sport tampil dengan ciri Gazoo Racing termasuk aerodinamik khas, kemasan hitam, lencana GR serta talaan suspensi dan stereng kuasa elektrik untuk kestabilan dan kawalan lebih baik

SAYS.com
Image via Berita HarianImage via

Kedua-dua varian dilengkapi Toyota Safety Sense dan meraih penarafan maksimum 5 binvotang ASEAN NCAP.

Bahagian dalaman menampilkan paparan audio 10.1 inci dan paparan maklumat hibrid 7 inci. Pilihan warna Vios HEV ialah Platinum White Pearl, Attitude Black Mica, Silver Metallic, Celestite Grey Metallic dan Scarlet, manakala varian GR Sport hadir dengan skema dua tona dan bumbung hitam.

Model itu hadir dengan waranti kenderaan 5 tahun tanpa had perbatuan serta waranti hibrid 8 tahun tanpa had perbatuan yang meliputi bateri, inverter dan unit pengurusan kuasa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: