Tiz Zaqyah Bakal Tamat Zaman Bujang, Pilih Jejaka Setaman – “Kalau Raya Nanti Senanglah”

Semoga dipermudahkan urusan Tiz dan pasangan!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @tiz.zaqyah (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas bertahun fokus pada kerjaya seni, pelakon berbakat besar Tiz Zaqyah akhirnya mengumumkan berita yang ramai peminat nantikan, Tiz bakal menamatkan zaman bujang tahun depan!

Menurut laporan Berita Harian, lelaki pilihan Tiz rupa-rupanya bukan orang asing dalam hidupnya, tetapi kenalan lama sejak kecil yang tinggal di taman perumahan sama. Macam dalam drama kan?

Menurut Tiz, 37, hubungan mereka berkembang secara semula jadi kerana sudah lama saling mengenali. Tambah pula, keluarga masing-masing memang rapat.

"Kami kenal sudah lama, sejak zaman kanak-kanak lagi. Dia bukan orang industri, tapi adik kepada seorang pelakon. Kami tinggal di kawasan perumahan sama dan keluarga kami memang saling mengenali. Kalau raya nanti senanglah, tak perlu gaduh nak balik kampung siapa dahulu," katanya.

SAYS.com
Image via @tiz.zaqyah (Instagram)

Walaupun berkongsi berita gembira itu, Tiz memilih untuk tidak mendedahkan tarikh pernikahan buat masa ini

Tiz memberitahu hubungan mereka mula menjadi serius sejak setahun lalu. Bagi Tiz, keistimewaan jejaka tersebut terletak pada keserasian dan persamaan yang mereka kongsi sejak kecil.

"Kami mula serius sejak setahun lalu. Perasaan itu datang secara semula jadi. Kami berkawan lama dan kemudian buat keputusan untuk berkahwin.

"Alhamdulillah, saya gembira dan bahagia sekarang. Cuma buat masa ini saya belum bersedia mendedahkan identiti dirinya. Saya bimbang dengan penyakit ain. Insya-Allah, bila tiba masanya nanti saya akan buat pengumuman rasmi. Doakan yang baik-baik,"
katanya lagi.

SAYS.com
Image via @tiz.zaqyah (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik