Titi Gantung Runtuh Ketika Kenduri Kahwin, Lebih 50 Tetamu Terjatuh Ke Sungai

Difahamkan, rombongan pengantin bertembung di atas titi gantung menyebabkan runtuh.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah kenduri perkahwinan yang awalnya meriah bertukar cemas apabila lebih 50 tetamu terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai, Lata Rek di Kuala Krai, Kelantan selepas sebuah titi gantung runtuh secara tiba-tiba pada petang Khamis

Menurut laporan Sinar Harian, dalam insiden kira-kira jam 2 petang itu, seorang lelaki dilaporkan patah kaki akibat terhempas ke atas batu, manakala mangsa lain termasuk kanak-kanak mengalami kecederaan di kepala, luka ringan, serta sesak nafas.

Penghulu Mukim Lata Rek, Mohd Zaki Saari memberitahu insiden tersebut berpunca apabila rombongan pihak lelaki dan tetamu pihak perempuan bertembung di atas titi gantung berkenaan secara serentak.

"Saya dimaklumkan semasa kejadian lebih 50 orang menggunakan laluan titi itu dalam masa yang sama.

"Rombongan pengantin lelaki dari Pasir Puteh ingin pulang manakala tetamu daripada pengantin wanita pula baru sampai ke kenduri," katanya.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Mangsa cedera di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut

Menurut Mohd Zaki, sejurus dimaklumkan mengenai insiden terbabit, panggilan kecemasan telah dibuat yang membawa kepada ketibaan empat buah ambulans di lokasi kejadian.

Ujarnya lagi, dua daripada ambulans berkenaan adalah dari Hospital Sultan Ismail Petra, manakala dua lagi dihantar oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Krai.

Difahamkan, kesemua mangsa yang tercedera telah dikejarkan ke hospital dan sehingga hari Jumaat, hanya mangsa lelaki yang patah kaki masih dirawat di wad, manakala mangsa-mangsa lain telah pun dibenarkan pulang.

"Saya dimaklumkan kanak-kanak yang mengalami cedera di kepala telah menerima beberapa jahitan.

"ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Manek Urai, Fauzi Abdullah telah hadir ke lokasi kejadian pada petang semalam dan titi gantung yang runtuh itu akan dibaik pulih segera," katanya.

SAYS.com
Image via Sinar Harian
SAYS.com
Image via Sinar Harian

Menurutnya, titi gantung berkenaan telah dibaiki berulang kali sebelum ini memandangkan ia merupakan akses utama bagi penduduk di lima buah rumah di kawasan tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa titi itu sebenarnya hanya dikhaskan untuk kegunaan pejalan kaki dan penunggang motosikal sahaja.

Tambahnya lagi, walaupun terdapat laluan darat alternatif, jaraknya adalah lebih jauh dan laluan tersebut juga hanya boleh dilalui oleh motosikal.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: