Tipu Status Miskin, Bantuan STR & SARA Lelaki Miliki 6 Rumah Sewa Dihentikan

Sebelum ini, tular di media sosial hantaran lelaki yang mendedahkan menerima bantuan STR dan SARA berjumlah RM1,900 setahun.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Buletin TV3 & Gambar Janaan AI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kewangan (MoF) telah mengambil tindakan tegas dengan menarik balik kelayakan seorang lelaki daripada menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Keputusan ini dibuat susulan tularnya pengakuan lelaki berkenaan yang mendakwa dirinya memiliki enam buah rumah sewa.

Menerusi kenyataan kepada Buletin TV3, MoF menjelaskan bahawa lelaki tersebut kini berdepan tindakan undang-undang dan sedang disiasat di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

SAYS.com

Gambar sekadar hoasan.

Image via BernamaImage via

Gagal isytihar pendapatan sewaan

Siasatan dijalankan atas dakwaan kegagalannya mengisytiharkan pendapatan yang diperoleh hasil daripada aktiviti penyewaan hartanah tersebut.

"Siasatan lanjut telah dijalankan dan mendapati bahawa pemilikan hartanah tersebut adalah benar.

"Berdasarkan maklumat pindah milik yang direkodkan dalam sistem e-Duti Setem Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), hartanah berkenaan didaftarkan atas nama penerima dan pasangan beliau.

"Berdasarkan siasatan dan penemuan ini, kelulusan STR dan SARA beliau telah ditarik balik," katanya.

SAYS.com
Image via Buletin TV3

Tindakan tegas diambil terhadap seorang lelaki yang kehilangan kelayakan bantuan STR dan SARA selepas mengaku memiliki enam buah rumah sewa sejak tahun 2007.

Pengakuan berani lelaki itu mengenai penerimaan bantuan berjumlah RM1,900 setahun telah mencetuskan kemarahan netizen yang mahu kriteria pemilikan hartanah diperketatkan oleh kerajaan.

Kementerian Kewangan (MoF) kini sedang menyiasat individu tersebut di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana disyaki gagal mengisytiharkan pendapatan sewaan.

Pihak kementerian turut menegaskan bahawa sebarang maklumat palsu dalam permohonan boleh menyebabkan bantuan ditarik balik serta-merta dan pelaku berdepan tindakan undang-undang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: