Telefon Terjatuh Dalam Air? Ini ‘Tips’ Yang Korang Patut Buat Dahulu

Jangan panik. Masih ada harapan jika ikut tips ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via CNET & Fusion Phones
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebenarnya telefon yang jatuh dalam air masih ada peluang untuk diselamatkan

Semua orang pernah membuat kesilapan dan semestinya menjatuhkan telefon ke dalam air boleh membuatkan semua orang panik.

Telefon itu masih boleh diselamatkan mengikut kepantasan anda dalam cubaan menyelematkannya.

Jenis air yang telefon anda terjatuh juga memainkan peranan di mana air masin mempunyai risiko lebih tinggi berbanding air tawar.

Ini panduan untuk menyelamatkan telefon anda:

FASA 1: Bertindak dengan pantas

SAYS.com
Image via Phone Fact

Tidak kiralah jenis air apa pun, beberapa saat pertama adalah sangat penting.

Cepat-cepat ambil telefon anda keluar dari air. Setiap saat di bawah air boleh meningkatkan tekanan kepada penyekat telefon dan berisiko dimasuki air dan terkena komponen yang ada.

Tutup telefon anda. Jika skrin masih terbuka, tutup telefon anda secepat mungkin. Jangan cuba lihat teks atau menggunakan apa-apa aplikasi. Jika skrin terus tertutup, jangan hidupkan telefon anda untuk melihat keadaan telefon anda. Menekan butang boleh menolak air jauh ke dalam telefon.

Buka segala aksesori. Buka casing telefon, buka pelindung skrin (jika terkeluar) dan cabut apa sahaja yang terpasang seperti di jack fon telinga atau pengecas.

FASA 2: Mengendali kes air garam

SAYS.com
Image via How To Geek

Jika telefon anda terjatuh ke dalam air laut atau kolam air masin, jangan sesekali cuba untuk keringkan telefon anda.

Garam sangat menghakis dan konduktif; jika ia kering di dalam telefon anda, kristal garam akan ditinggalkan dan akan menghakis litar elektrik sekaligus menyebabkan litar pintas.

Bilas telefon anda dalam air biasa. Kedengaran seperti tidak masuk akal tetapi anda perlu membasuh garam dari telefon anda.

Alirkan air yang perlahan ke atas telefon anda atau rendamkan telefon anda di dalam air biasa untuk beberapa saat.

Apa yang anda buat ialah melarutkan garam tersebut sekaligus menyucikan larutan garam sebelum ia kering.

Setelah dibilas, keringkan telefon anda dengan cara di bawah.

FASA 3: Bilasan dan Pengeringan

SAYS.com
Image via Today

Setelah dikeluarkan dari air (dibilas jika air garam) ikuti langkah ini.

Cabut kad SIM dan apa-apa kad microSD. Ini akan membenarkan udara dan air lalu di ruang kecil ini. Jika telefon lama, anda juga boleh membuka batteri telefon itu.

Guna kain mikrofiber atau tisu untuk mengelap kering telefon anda. Pastikan bahagian lubang charging, speaker dan mikrofon dicuci dan dikeringkan dengan betul.

Jangan mengelap terlalu kuat kerana air boleh ditolak masuk ke rongga-rongga terbuka telefon.

Pastikan telefon anda berdiri tegak (bahagian charging di bawah) dan ketuk perlahan-lahan ke atas tapak tangan anda untuk mengeluarkan air yang terperangkat dalam port.

Jangan masukkan telefon anda ke dalam beras

SAYS.com
Image via KSL

Tidak kira apa yang orang cakap, memasukkan telefon ke dalam beras boleh merosakkan lagi telefon. Debu-debu dari beras itu boleh termasuk ke dalam rongga telefon dan bercampur dengan air menjadi pes. Beras bukan penyerap air yang baik.

Cara paling selamat ialah menggunakan paket gel silika yang selalunya dijumpai di dalam kotak kasut atau botol suplemen. Letak telefon dan beberapa paket gel silika di dalam bekas kedap udara.

Satu cara lagi untuk mengeringkan telefon ialah meletakkan di tempat sejuk dan kering tetapi dengan pengudaraan yang baik.

Tinggalkan telefon anda sekurang-kurangnya 24 ke 48 jam. Jangan sesekali cuba untuk menghidupkan telefon.

Kesalahan yang patut dielakkan dan selalunya menambah kerosakan dari membantu:

SAYS.com
Image via Gadget Gear Guide (YouTube)

Jangan guna pengering rambut, ketuhar, atau ketuhar mikro. Haba yang tinggi boleh merosakkan bateri, mencairkan gam, dan membengkokkan skrin.

Jangan cuba untuk mengecas telefon sebelum memastikan 100% telefon sudah kering. Ini akan menghantar elektrik melalui litar yang basah sekaligus merosakkan terus motherboard telefon.

Jangan goncangkan telefon terlalu kuat. Hal ini akan menyebarkan air akan ke bahagian kering di dalam telefon.

Jangan tiup atau menggunakan penghembus udara. Anda akan menolak air jauh ke dalam komponen telefon.

Setiap telefon pintar moden mempunyai penilaian IP:

IP atau Ingress Protection ialah satu sistem penilaian untuk keupayaan satu peranti menahan kemasukan pepejal dan cecair. Setiap telefon pintar moden mempunyai IP67 atau IP68.

IP67: Boleh bertahan apabila tenggelam dalam air tawar kedalaman 1m sehingga 30 minit.

IP68: Boleh bertahan apabila tenggelam dalam air tawar kedalaman 1.5m (atau ke atas mengikut pengeluar) sehingga 30 minit.

Penilaian ini akan berubah mengikut masa, getah penyekang di telefon tidak akan kekal selamanya. Telefon yang selalu jatuh juga akan melonggarkan getah ini.

Jangan sangka telefon anda kalis air sepenuhnya.

SAYS.com
Image via IGUS

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: