Tinggal Sampah Lepas Berbuka, MBKT Kenakan Kompaun RM20 Serta-Merta Kepada Individu
Lokasi seperti Pantai Batu Buruk, Jambatan Angkat, dan Dataran Shah Bandar menjadi tumpuan penduduk Kuala Terengganu untuk berbuka puasa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengenakan kompaun serta-merta sebanyak RM20 terhadap individu yang melonggokkan sampah dan sisa makanan di kawasan padang selepas berbuka puasa
Laporan Harian Metro menyatakan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah, memaklumkan bahawa pegawai dan anggota penguat kuasa akan melakukan penyamaran di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai berbuka puasa.
"Kita dimaklumkan sehingga kini lebih 10 individu yang dikesan meninggal dan melonggokkan sampah serta sisa makanan di tepi dan di atas padang sudah dikenakan tindakan serta-merta.?
"MBKT akan terus menempatkan pegawai dan anggota penguat kuasa untuk melakukan penyamaran bagi mengambil tindakan ke atas individu yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah (dua kanan) beramah mesra bersama pengunjung selepas merasmikan program Selepek Sahur di tapak Payang Walk di Dataran Shah Bandar. Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Lizan Che Mat (tiga dari kanan).
Image via Harian MetroSegelintir pihak melonggokkan sampah dan sisa makanan sehingga berbau busuk
Wan Sukairi yang juga ADUN Wakaf Mempelam mengulas sikap segelintir pihak tidak bertanggungjawab melonggokkan sampah dan sisa makanan di kawasan lapang sehingga berbau busuk.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program selepek sahur di Dataran Shah Bandar yang turut dihadiri Datuk Bandar MBKT, Lizan Che Mat dan Pengarah MOTAC negeri, Mazshidal Roslal.
Menurut beliau, MBKT sebenarnya telah menyediakan tong sampah yang mencukupi di lokasi tumpuan orang ramai berbuka puasa termasuk di kawasan awam seperti Dataran Shah Bandar.
"MBKT sudah menyediakan tempat berbuka puasa berkeluarga dan pelbagai kemudahan termasuk tong sampah.
"Orang ramai diminta mencontohi masyarakat di negara maju apabila mereka sanggup menyimpan sampah dan sisa makanan dalam kenderaan sebelum dibuang dalam tong sampah," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Syafiq Ambak/ BERNAMALike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 