Tindakan Pelancong Malaysia ‘Curi’ Minum & Tumpahkan Air Di Thailand Dikecam Ramai
Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.
Cover image via @TravelJimat (X)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman video yang memaparkan sekumpulan individu melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab ketika berada di luar negara, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai pengguna internet
Menerusi video yang tular di laman X, mereka dilihat menyalahgunakan mesin minuman layan diri yang dipercayai berada di sebuah kedai serbaneka, dengan mengisi minuman secara berlebihan sehingga melimpah.
Malah, mereka juga meninggalkan kawasan itu dalam keadaan kotor tanpa sebarang rasa tanggungjawab.


Tindakan itu mengundang kecaman daripada netizen, bukan sahaja kerana perbuatan berkenaan jelas melanggar adab dan etika awam, malah ia dilakukan ketika mereka berada di negara orang
Ramai menyifatkan kelakuan tersebut sebagai memalukan dan mencemarkan imej rakyat Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan hampa, selain menegaskan bahawa sikap sebegitu tidak mencerminkan nilai kesopanan dan disiplin yang sepatutnya dibawa oleh pelancong.
Tidak kurang juga yang mengingatkan agar individu lain menjadikan insiden berkenaan sebagai pengajaran dan tidak mengulangi perbuatan yang sama.
Difahamkan, walaupun hantaran asal berkenaan telah dipadam di platform TikTok, ia masih tular dan dikongsi di platform X, sekali gus terus mengundang perbincangan dan kritikan dalam kalangan pengguna media sosial.
Setakat ini, tiada sebarang permohonan maaf atau penjelasan dikeluarkan oleh individu yang terlibat.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



