Tiga Kereta & Ratusan Barang Milik Datuk Vida Berjaya Dilelong RM1 Juta Kepada Seorang Pembida

Tiga kereta mewah yang dilelong termasuk Toyota Vellfire, Toyota Grand Hi-Ace & BMW X7.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Motoqar & Kosmo!
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lelongan harta mewah milik usahawan sensasi, Datuk Seri Hasmiza Othman (Datuk Vida) akhirnya berlangsung hari ini dan mencuri perhatian ramai apabila sebanyak 727 barangan miliknya berjaya dijual dengan nilai keseluruhan RM1 juta

Menurut laporan Berita Harian, proses lelongan itu dijalankan di banglo mewah milik Datuk Vida di Persiaran Bukit Meru, Meru Heights, Ipoh, bermula jam 10.30 pagi tadi dan selesai sekitar 1.40 tengah hari.

Menurut pelelong berlesen, S Punithawathi, lelongan itu hanya disertai dua pembida pada awalnya, namun seorang daripadanya menarik diri kerana beranggapan harga tawaran tidak sesuai. Akhirnya, hanya seorang pembida tunggal, Norzamri Abdullah, yang juga seorang usahawan, berjaya memperoleh semua barangan lelong tersebut.

"Kita ada seorang pembida saja yang mendaftarkan diri. Semua barang dalam senarai perisytiharan jualan ini akan dijual dengan harga RM1 juta," katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Antara barang yang dilelong:

  • Tiga kenderaan mewah: Toyota Vellfire, Toyota Grand Hi-Ace & BMW X7
  • Perabot rumah: set sofa, meja makan, almari kabinet, meja solek, meja kopi & almari kaca
  • Barangan elektrik: penyaman udara, penapis air, peti ais, ketuhar, pembakar roti & permainan video
  • Dekorasi rumah: pasu bunga & pelbagai aksesori dalaman

Lelongan itu turut dihadiri plaintif kes yang juga subkontraktor, Mohamad Taufik Kamarul Bari, serta peguamnya, Samir Zainal Zainal, namun Datuk Vida dan keluarganya tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguam.

Proses lelongan itu sebenarnya tertangguh sejak Disember 2024, selepas pemiutang, AH Design Communication Sdn. Bhd., mengambil tindakan terhadap Vida kerana kegagalannya melunaskan bayaran tertunggak kepada syarikat tersebut.

Walaupun usahawan kosmetik itu pernah memohon penangguhan atas alasan barangan yang disita merupakan barangan pinjaman, mahkamah akhirnya meneruskan proses lelongan selepas hampir setahun tertangguh.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via