Tiga Kampung Di Indonesia Kini Di Bawah Pentadbiran Malaysia Lepas Pelarasan Sempadan

Tiga kampung tersebut ialah Kampung Kabungalor, Kampung Lepaga dan Kampung Tetagas.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Suara.TV & Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isu sempadan Malaysia–Indonesia kembali jadi perhatian apabila tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara dilaporkan kini termasuk dalam wilayah pentadbiran Malaysia

Menurut laporan Sinar Harian, perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Badan Nasional Pengurusan Sempadan Indonesia (BNPP), Komjen Polis Makhruzi Rahman, dalam mesyuarat bersama Suruhanjaya II Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia di Kompleks Parlimen, Senayan, Rabu lalu.

Menurut beliau, perubahan ini berlaku susulan pelarasan garisan sempadan antara kedua-dua negara, hasil penyelesaian beberapa isu sempadan lama yang sebelum ini belum dimuktamadkan atau dikenali sebagai Outstanding Boundary Problem (OBP).

Jelas Makhruzi, antara kawasan terlibat ialah Pulau Sebatik, yang sememangnya terbahagi kepada dua pentadbiran — Malaysia dan Indonesia.

Tiga OBP berjaya dimuktamadkan melalui pemeteraian memorandum persefahaman dalam Mesyuarat Bersama Indonesia-Malaysia ke-45 yang berlangsung di Pulau Sebatik pada 18 Februari 2025.

"Perjanjian itu melibatkan titik sempadan B-2700, B-3000 serta kawasan Simantipal Hasilnya, kira-kira 127 hektar di Pulau Sebatik disahkan kekal berada dalam wilayah Indonesia," katanya.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Masih ada isu sempadan belum selesai

Bagaimanapun, menurut Makhruzi, empat segmen OBP di sektor barat Kalimantan Barat masih belum diselesaikan sepenuhnya.

Kawasan terlibat ialah D-400, Gunung Rayan, Sibuan dan Batu Aum, yang kini berada pada peringkat tinjauan lapangan secara unilateral oleh pasukan teknikal Indonesia.

Proses itu turut melibatkan pertukaran maklumat serta perbincangan berkaitan terma rujukan (TOR) dan prosedur operasi standard (SOP).

Dalam perkembangan sama, Makhruzi mengesahkan bahawa terdapat tiga kampung di kawasan bekas OBP Sinapat dan Kecamatan Lumbis Hulu, Kabupaten Nunukan, yang sebahagian wilayahnya kini berada di bawah pentadbiran Malaysia.

"Tiga kampung tersebut ialah Kampung Kabungalor, Kampung Lepaga dan Kampung Tetagas," jelasnya.

Indonesia tetap peroleh tambahan wilayah

Walaupun terdapat kampung yang kini berada di bawah pentadbiran Malaysia, Makhruzi menegaskan bahawa Indonesia secara keseluruhan tidak mengalami kerugian wilayah.

"Secara keseluruhan, Indonesia menerima tambahan kira-kira 5,207 hektar kawasan.

"Tanah ini sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia dan kini dicadangkan bagi menyokong pembangunan kawasan sempadan, termasuk sebagai kawasan gantian hutan untuk pembinaan Pos Lintas Batas Negara (PLBN) serta pembangunan Zon Perdagangan Bebas,"
katanya.

Perubahan sempadan ini dijangka terus mendapat perhatian Malaysia dan Indonesia kerana ia melibatkan kedaulatan negara, pentadbiran tempatan, serta kesan sosioekonomi terhadap penduduk di kawasan sempadan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: