Tiga Anak Datin Almy Nadia & Datuk Fizz Fairuz Raih Anugerah Cemerlang Akademik

Pandai-pandai semua anak Datin Almy & Datuk Fizz!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tiga anak kepada pasangan pelakon Datin Almy Nadia dan Datuk Fizz Fairuz melakar kejayaan membanggakan apabila masing-masing menerima Anugerah Bintang Akademik baru-baru ini

Dalam perkongsian di Instagram, Datin Almy berkongsi foto serta video ketika Nur Afrina Arianna (10), Nur Afrina Aurora (9) dan Nur Afrina Ayra (7) naik ke pentas bagi menerima sijil dan trofi sebagai pengiktirafan terhadap prestasi akademik mereka sepanjang tahun ini.

Beliau turut meluahkan rasa syukur dan menggambarkan pencapaian itu sebagai 'hadiah penghujung tahun' buat dirinya dan keluarga. Beliau turut menitipkan nasihat kepada ketiga-tiga puterinya agar terus berusaha lebih gigih demi masa depan.

SAYS.com
Image via @almynadiaofficial_ (Instagram)

Kejayaan berkenaan turut mendapat perhatian warganet, yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar anak-anak pasangan selebriti itu terus cemerlang dalam pelajaran

Menariknya, kejayaan keluarga itu hadir tidak lama selepas Datuk Fizz Fairuz sendiri menerima pengiktirafan pada Majlis Konvokesyen Kelapan Akademi Kreatif Meatech melalui Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Pencapaian tersebut sekali lagi menonjolkan pasangan tersebut sebagai antara keluarga selebriti yang aktif menekankan kepentingan pendidikan serta perkembangan akademik anak-anak.

Antara komen netizen di Instagram:

SAYS.com
Image via @almynadiaofficial_ (Instagram)
SAYS.com
Image via @almynadiaofficial_ (Instagram)

Lihat posting di bawah:

Instagram will load in the frontend.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via