Tiada Perubahan Ketara, Jalan Tetap Jammed Untuk Hari Pertama ‘Gomen’ WFH

Difahamkan, pergerakan kenderaan di lebuh raya utama masih perlahan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Aliran trafik pada hari pertama pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dilaporkan terkawal

Walaupun terkawal, beberapa laluan utama di Lembah Klang tetap mengalami pergerakan perlahan pada waktu puncak dan masih belum ada perubahan ketara setakat hari ini.

Dilaporkan oleh BERNAMA, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengatakan aliran trafik perlahan seawal 7 pagi berikutan pertambahan kenderaan, namun keadaan masih terkawal dan tidak menunjukkan perubahan ketara berbanding hari biasa.

Laluan utama di Lembah Klang sesak seperti biasa

"Aliran trafik turut dilaporkan perlahan di Lebuhraya NKVE dari persimpangan Damansara ke Damansara Utama, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari Bukit Rimau ke Persiaran Kewajipan serta SUKOM ke Awan Kecil, Awan Besar ke Kinrara, Sunway ke Persiaran Kewajipan dan Bandar Botanik ke Pandamaran.

"Trafik perlahan turut dikesan di Lebuhraya ELITE dari Putrajaya ke Putra Heights, USJ ke Shah Alam serta Putra Heights ke Bandar Saujana Putra dan Plaza Tol Putrajaya-Cyberjaya, manakala di Lebuhraya Grand Saga (E7) Bandar Tun Hussein Onn ke pusat bandar raya,"
katanya.

Majoriti sesesakan berlaku di kawasan-kawasan Lembah Klang.

Jurucakap LLM turut memaklumkan bahawa di Lebuhraya Pantai Baru (NPE), aliran perlahan dilaporkan berlaku dari Pantai Dalam ke Angkasapuri serta Kuchai Lama ke Pantai Dalam dan Sunway Pyramid ke Persiaran Kewajipan, selain di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dari Puchong Utama ke Jambatan Kabel dan Jalan Majlis ke Taman Megah serta Sungai Penchala ke SS2.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

"Di Lebuhraya SPRINT, aliran trafik perlahan dari Kayu Ara ke Damansara Utama, Penchala ke TTDI dan Jalan Duta ke Sri Hartamas, manakala di Lebuhraya DASH dari Kota Damansara ke Penchala," katanya.

Tambahan lagi, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) aliran perlahan arah selatan dari Greenwood ke Sentul Pasar serta Segambut ke Bamboo Hills, sementara di Lebuhraya Guthrie Corridor Expressway (GCE) dari Bukit Jelutong ke Jalan Subang.

Keaadaan trafik di Putrajaya secara umumnya lancar

Bagi Putrajaya pula, keadaan trafik dari Kuala Lumpur ke Putrajaya secara umumnya lancar.

Pemandu yang menggunakan laluan utama Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dan jalan penghubung seperti Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), tidak melaporkan kejadian besar atau kesesakan teruk.

Pelaksanaan dasar BDR telah bermula ahri ini buat sektor perkhidmatan awam sebagai langkah kerajaan untuk menyiapkan negara berdepan dengan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: