Tiada Kes Hantavirus Tempatan Setakat Ini, Pemeriksaan Sempadan Diperketatkan – KKM
KKM bersedia mengekang penularan kencing tikus di sempadan Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertingkatkan kawalan dan pengawasan sempadan untuk mengekang penularan wabak Hantavirus
Menurut laporan Berita Harian, setakat ini Malaysia masih tidak mempunyai kes tempatan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, mengatakan KKM akan mengekalkan tahap persediaan yang tinggi dengan memantau situasi global dan melaksanakan pemeriksaan ketat di semua pintu masuk antarabangsa.
Hanya 22,367 kapal dan bot sudah diperiksa di pintu masuk negara dan pematuhan terhadap piawaian kesihatan dan sanitasi antarabangsa akan dipastikan.

Sebanyak 2,421 sijil praktikal dan 1,146 sijil sanitasi dikeluarkan untuk kapal
"KKM juga mengeluarkan 2,421 sijil 'pratique' atau sijil praktikal dan 1,146 sijil sanitasi kapal susulan pemeriksaan rapi berkenaan.
"Kami mahu memastikan setiap kapal memasuki negara ini memenuhi dan mematuhi keperluan kesihatan awam serta sanitasi antarabangsa.
"Walaupun enam kes sudah disahkan makmal dilaporkan di tempat lain, kes berkenaan dikaitkan dengan kapal asing dan tidak membabitkan warga tempatan," katanya.
Dr Dzulkefly juga berpesan tiada negara yang akan selamat melainkan telah membuat persediaan tinggi untuk sentiasa berwaspada akan penularan Hantavirus.
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga telah dilengkapi sepenuhnya untuk mendiagnosis virus berkenaan secara utamanya disebarkan oleh tikus.
"Kita tidak mahu membimbangkan orang ramai, tetapi kita juga tidak mahu orang berfikir perkara ini hanya berlaku di luar sempadan kita, sistem kesihatan kita mesti kekal pada tahap kesediaan yang tinggi," katanya lagi.
Hantavirus ialah virus yang disebarkan melalui air kencing, najis atau air liur tikus yang tercemar, dan menyebabkan penyakit pernafasan atau masalah buah pinggang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 