“The Show Is Over” – MBO Cinemas Umum Tutup Semua Cawangan Di Malaysia

Pengurusan MBO meluahkan rasa terima kasih atas sokongan padu sepanjang tahun kegemilangan mereka.

Enlarge text
Cover ImageCover image via MBO Cinemas
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sahaja tidak kenal dengan MBO Cinemas, sebuah jenama besar yang pernah menjadi pilihan utama buat peminat filem di seluruh negara

Sebut sahaja namanya, pasti terbayang kerusi merah ikonik dan deretan tayangan blockbuster yang telah menemani jutaan rakyat Malaysia sejak sekian lama.

Ditubuhkan pada tahun 2003, MBO Cinemas bukan sekadar sebuah pawagam, tetapi merupakan sebuah institusi hiburan yang telah bertapak selama lebih 20 tahun.

Meskipun pernah menempuh fasa sukar sehingga terpaksa ditutup dan sebahagian asetnya diambil alih oleh GSC pada Mei 2021, semangat jenama ini tidak pernah padam.

Bukit yang didaki akhirnya membawa kepada fasa revival apabila MBO kembali menghidupkan tirainya pada 19 Disember 2021.

Kebangkitan semula ini membuktikan betapa teguhnya kedudukan MBO di hati penonton, sekaligus meneruskan legasi sinematik yang telah terbina sejak dua dekad yang lalu.

SAYS.com
Image via Rise Malaysia

Tutup semua cawangan selepas 23 tahun

Menerusi satu kenyataan rasmi yang menyayat hati, MBO Cinemas telah mengumumkan penutupan operasi mereka secara menyeluruh dan kekal.

Pengumuman ini menandakan berakhirnya sebuah era buat jenama pawagam yang telah sekian lama menjadi saksi kepada pelbagai memori penonton di Malaysia.

Dalam kenyataan tersebut, pihak pengurusan MBO menzahirkan rasa hiba namun bersyukur atas sokongan yang diberikan sepanjang tahun-tahun kegemilangan mereka.

"Selepas bertahun-tahun yang luar biasa, MBO Cinemas kini akan menghentikan operasi secara kekal. Ia merupakan penghormatan terbesar bagi kami untuk berkhidmat kepada anda, penonton kami, dan menjadi sebahagian daripada pengalaman sinematik anda," jelas kenyataan tersebut.

Tambah mereka lagi, segala memori indah yang tercipta di dalam dewan pawagam daripada sorakan kegembiraan dan tawa dalam suasana dewan yang penuh, sehinggalah ke detik-detik hening yang menyentuh perasaan adalah sesuatu yang amat bermakna dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga kerja MBO.

SAYS.com
Image via MBO Cinemas

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest