‘The Rock’ Sekarang Dah Kurus Sampai Ada Yang Tak Cam, Apa Sebabnya?
Pelakon berusia 53 tahun itu menegaskan transformasi tersebut dilakukan sepenuhnya untuk menjayakan sebuah filem.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bekas ahli gusti yang kini bergelar pelakon, Dwayne "The Rock" Johnson sememangnya terkenal dengan tubuh sasa dan berotot
Namun, kemunculannya di Festival Filem Venice 2025 baru-baru ini membuat ramai peminat terkejut kerana penampilannya kali ini jauh lebih kurus daripada biasa, lapor Foxnews.
Pada 30 Ogos, beliau hadir ke acara Miu Miu Women's Tales dengan tubuh yang jauh berbeza daripada imej berotot yang sinonim dengannya.
Berlakon sebagai watak petinju MMA

Perubahan itu dilakukan demi menjayakan watak petinju MMA, Mark Kerr, dalam filem The Smashing Machine.
Untuk watak ini, Dwayne bukan sahaja menurunkan berat badan secara ketara tapi dia meluangkan masa sehingga empat jam untuk mengenakan solekan dan memakai sehingga 14 protestik.

Pelakon berusia 53 tahun itu menegaskan transformasi tersebut dilakukan sepenuhnya untuk filem.
"Transformasi ini adalah sesuatu yang memang sudah lama saya nak buat. Saya bertuah sebab ada karier yang bagus sebelum ini tapi ada satu suara yang membisikkan untuk saya buat lebih dan tengok hasilnya sendiri," katanya.
Penampilannya mencetuskan pelbagai reaksi dari masyarakat. Ada yang kagum dengan dedikasinya malah ada juga yang berpendapat beliau kelihatan tidak lagi seperti "The Rock". Ada juga yang bergurau dengan memanggilnya "The Pebble".
The Smashing Machine sendiri mendapat pujian hebat di Venice dengan tepukan berdiri (standing ovation) selama 15 minit dan skor sempurna di Rotten Tomatoes, sebelum ditayangkan di Amerika Syarikat pada Oktober ini.
Filem itu turut membintangi Emily Blunt dan diarahkan oleh Benny Safdie.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



