TH Dedah Lebih 84,000 Permohonan Rayuan Namun Hanya 18% Tolak Tawaran Haji 2026

Difahamkan, mana-mana kekosongan akibat jemaah menolak atau menangguhkan tawaran akan digantikan melalui senarai permohonan rayuan dalam aplikasi THiJARI.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Tabung Haji
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hanya 18 peratus bakal jemaah haji bagi musim 1447H/2026 memilih untuk menangguhkan tawaran mereka setakat semalam, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan

SAYS.com
Image via BERNAMA

Menurut laporan Kosmo!, walaupun ada yang menunda, Dr Zulkifli menjelaskan bahawa kuota rasmi Malaysia sebanyak 31,600 jemaah haji tetap dipenuhi 100 peratus setiap tahun, hasil sistem penggantian segera oleh Tabung Haji (TH).

Difahamkan, mana-mana kekosongan akibat jemaah menolak atau menangguhkan tawaran akan digantikan terus melalui senarai permohonan rayuan dalam aplikasi THiJARI.

Ini sekali gus memastikan kuota Malaysia tidak pernah terbazir dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang benar-benar menunggu peluang menunaikan rukun Islam kelima itu.

"Tahun ini, TH menerima lebih 84,000 permohonan rayuan mengerjakan ibadat haji," katanya pada sidang Dewan Rakyat.

Kenapa jemaah tangguhkan tawaran?

SAYS.com
Image via Kosmo!

Berdasarkan angka yang dikongsikan di Dewan Rakyat, alasan penangguhan yang diberikan jemaah adalah seperti berikut:

  • Faktor peribadi – 31%
  • Kesihatan – 20%
  • Kewangan – 23%

Gabungan faktor komitmen keluarga, keadaan kesihatan yang belum stabil serta persediaan kos dipercayai menjadi punca utama sebahagian jemaah memilih untuk menangguhkan dahulu perjalanan mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: