Tersilap Tanda ‘Cukai Ditanggung Majikan’? Pembayar Cukai Tak Perlu Buat Pindaan – LHDN

LHDN telah mengenal pasti kes yang terlibat dengan kesilapan penandaan tersebut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Free Malaysia Today & Kosmo
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pembayar cukai individu tidak lagi perlu mengemukakan pindaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi Tahun Taksiran 2025 untuk membetulkan kesilapan penandaan pada ruangan 'Cukai ditanggung oleh majikan' yang dilakukan secara tidak sengaja

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi kenyataan pada Rabu menjelaskan bahawa pihaknya telah melaksanakan semakan dan berjaya mengenal pasti kes-kes yang terlibat dalam isu tersebut.

"LHDN mengambil maklum bahawa terdapat pembayar cukai individu yang telah menandakan ruangan 'Cukai ditanggung oleh majikan' secara tidak sengaja semasa mengisi BNCP Tahun Taksiran 2025 dan menyebabkan bayaran balik lebihan cukai masih belum diterima.

"Bagi kes yang disahkan sebagai kesilapan penandaan, bayaran balik lebihan cukai akan diproses secara berperingkat oleh LHDN," menurut kenyataan itu.

SAYS.com
Image via Kosmo

Komited pastikan pengurusan bayaran balik cukai dilakukan secara adil, telus dan berintegriti

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bahawa sistem pemprosesan bayaran balik cukai dilaksanakan secara automatik berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pembayar cukai melalui Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Sehubungan itu, ketepatan maklumat yang diisikan adalah sangat penting bagi memastikan proses bayaran balik dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang kelewatan.

Menurut kenyataan itu lagi, LHDN komited untuk memastikan pengurusan bayaran balik cukai dilaksanakan secara adil, telus, dan berintegriti.

Langkah ini selaras dengan usaha berterusan pihak mereka dalam memperkukuh kecekapan pentadbiran percukaian negara.

SAYS.com
Image via LHDNM

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: