Terpengaruh Konten Negara Jiran, Guru BM Tegur Murid Guna Bahasa Indonesia Dalam Karangan

Bahaya sekarang cepat terpengaruh.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @cikgugja (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tak dapat dinafikan, hari ini kita terdedah kepada pelbagai jenis konten dari seluruh dunia menerusi media sosial semuanya hanya di hujung jari

Namun begitu, bukan semua yang kita tonton sesuai untuk ditiru, terutamanya dari segi penggunaan bahasa yang kini mula mempengaruhi cara pelajar bertutur dan menulis di sekolah.

Bahasa rojak, singkatan tidak tepat dan struktur ayat yang lari dari tatabahasa asal semakin biasa digunakan, hingga ada yang terbawa-bawa ke dalam tugasan rasmi dan peperiksaan.

SAYS.com
Image via @cikgugja (TikTok)Image via

Cikgu tegur penggunaan ayat dalam karangan murid-murid banyak guna perkataan Bahasa Indonesia

Menerusi video di akaun TikTok @cikgugja, seorang guru Bahasa Melayu tampil menegur trend pelajar yang kini semakin kerap menulis karangan dalam Bahasa Malaysia menggunakan gaya Bahasa Indonesia.

Katanya, situasi ini makin ketara terutama dalam peperiksaan, bila pelajar secara tak sedar mencampur aduk perkataan dan struktur ayat seperti yang selalu mereka dengar dari konten luar, terutamanya dari media sosial.

Menurut Cikgu Gja, memang tak dinafikan ada perkataan yang hampir sama maksudnya antara Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. Tapi bila digunakan dalam konteks penulisan formal, terutamanya dalam peperiksaan, ia boleh jadi tidak tepat dan menjejaskan markah pelajar.

Antara yang dikesan termasuk perkataan seperti "rumah sakit" untuk merujuk kepada hospital, dan penggunaan "teman" menggantikan "kawan" . Ia mungkin kedengaran biasa dalam konten media sosial, tapi tidak sesuai dalam karangan Bahasa Melayu standard.

Cikgu Gja turut menyeru ibu bapa dan penjaga untuk pantau anak-anak, kerana semakin ramai pelajar kini terpengaruh dengan gaya bahasa dari YouTuber dan konten Indonesia yang mereka tonton setiap hari.

Lihat video itu di bawah:

@cikgugja

Cikgu bebel bukan suka-suka 😢 Tolong ye ibu bapa… Pantau konten yang anak-anak tengok. Sebab sekarang karangan murid penuh perkataan macam : berencana, teman-teman, rumah sakit… 😩 Apa yang mereka tengok, itulah yang mereka tulis.

♬ original sound – Cikgu Gja – Cikgu Gja

Bahasa boleh trendy, tapi jangan sampai lupa identiti!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik