“Terlalu Padat” – Purata 8,000 Penduduk KL Setiap 1km Persegi, Sekolah Vertikal Akan Dibina

Difahamkan, kadar perbandaran yang terlalu pesat menjadikan penduduk bertambah dengan cepat.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bandar utama di Lembah Klang dan Pulau Pinang kini mengalami masalah kepadatan penduduk tinggi

Kuala Lumpur sahaja telah mencatat 8,235 penduduk bagi setiap kilometer (km) persegi.

Berdasarkan laporan di Berita Harian, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata untuk memastikan kemudahan pendidikan bagi setiap pembangunan baharu, penyediaan tapak akan ditentukan berdasarkan ambang populasi.

Sebagai contoh, untuk setiap perumahan baharu dengan 7,500 penduduk, akan memerlukan satu tapak sekolah rendah minimum seluas 2.4 hektar.

Manakala untuk penduduk seramai 8,750 orang, satu tapak sekolah menengah minimum seluas 3.2 hektar akan dibangunkan.

Malaysia mengalami kadar perbandaran yang pesat menjadikan pertambahan penduduk yang ketara di Asia Tenggara

Malaysia mempunyai kadar perbandaran negara yang terus meningkat dari 71% pada tahun 2010 kepada 75.8% pada tahun 2024

"Ia sekali gus menyebabkan berlakunya kesesakan di sekolah di kawasan bandar berkenaan akibat penambahan pelajar setiap tahun."
katanya.

Kor Ming mengatakan sekolah vertikal bakal dibina secara bertingkat tinggi sama dentgan model yang telah digunakan di negara maju seperti Jepun, Hong Kong, Singapura dan Australia.

SAYS.com
Image via The Urban Developer

"Justeru, dalam usaha untuk memastikan akses pendidikan dan modal insan yang berkualiti, konsep sekolah vertikal dilihat sebagai satu penyelesaian mampan bagi memenuhi keperluan akses pendidikan bagi bandar padat di Malaysia," tambahnya lagi.

Menurut beliau lagi, konsep sekolah vertikal ini adalah pendekatan inovatif dalam mengoptimumkan penggunaan tanah di kawasan bandar yang terlalu padat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: