[TERKINI] Kapal Conscience Yang Dinaiki Rakyat Malaysia Baru Sahaja Dipintas Rejim Zionis
Difahamkan, seramai 8 orang delegasi dari Malaysia ditahan tentera Israel.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kapal Conscience yang turut membawa 8 aktivis dari Malaysia untuk misi kemanusiaan Free Flotilla Coalition bersama Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) baru sahaja dipintas
Berdasarkan laporan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mereka telah memaklumkan sembilan kapal termasuk Conscience telah dipintas.
Sebanyak lapan aktivis Malaysia yang berada di atas kapal tersebut telah ditahan oleh Israel.

Maklumat terperinci mengenai peserta misi kemanusiaan kali ini masih belum diketahui.
Dalam laporan dari Bernama, kapal Conscience telah dipintas Israel pada 10:50 pagi waktu Malaysia tadi.
MyCARE juga ada membuat pengumuman ini di laman rasmi Facebook mereka.
Misi kemanusiaan FFC ke Gazsa sepatutnya memasuki zon merah hari ini
Ketua Pegawai Esekutif MyCARE Kamarul Zaman Shaharul Anwar bertaka misi ini sepatutnya sampai ke zon merah pada pukul 5 petang.
Lapan delegasi Malaysia berada di atas kapal Conscience dan seorang lagi delegasi Malaysia berada di atas kapal Umm Saad.

Misi keamanan flotila Conscience adalah misi yang diketuai oleh FFC bersama Thousand Madleens to Gaza (TMTG) untuk membuat liputan langsung dan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Keseluruhan misi FFC kali ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara dimana MyCARE mengetuai delegasi Malaysia.
Kesemua lapan ahli delegasi tersebut diketuai oleh Mohd Alauddin, tiga doktor iaitu Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Mohd Suhaimi.
Turut menyertai misi ini, dua pensyarah Prof Dr Mohd Afandi dan Dr Noorhasyimah Ismail dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.
Seorang lagi delegasi yang berada di atas kapal Umm Saad iaitu Dr Maziah Muhammad.
Pihak MyCARE akan mengadakan sidang media petang ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 