[TERKINI] Ismanira Didapati Bersalah Di Atas Pertuduhan Pengabaian Zayn Rayyan
Difahamkan, Ismanira memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ibu kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin iaitu Ismanira Abdul Manaf, 30, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini
Kesalahan itu adalah atas pertuduhan mengabaikan anak lelakinya dua tahun lalu.
Menurut laporan dari Berita Harian, Hakim Dr Syahliza Warnoh telah membuat keputusan itu selepas mendapati pembela gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Kesalahan itu dilakukan di kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan.
Hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan
Pendakwaan tersebut telah dibuat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Walaubagaimanapun, Ismanira telah diperintahkan untuk membela diri manakala suaminya telah dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan berkenaan.
Ismanira memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. Mahkamah kini telah ditangguhkan sebentar untuk memberikan pihak-pihak menyediakan hujahan mitigasi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 