“Terima Kasih, Kapten” – Wanita Syukur Pilot Usaha Bantu Temukan Arwah Ayah Sebelum Dikebumikan

Ruzy menceritakan rasa gundah yang menyelubungi dirinya ketika pesawat masih di udara.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kehilangan orang tersayang, terutama ibu bapa, merupakan antara pengalaman paling memilukan yang boleh dilalui seseorang

Ia bukan sekadar rasa sedih, tetapi satu kekosongan mendalam yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Ramai yang membesar dengan menjadikan ibu bapa sebagai tempat bercerita, bertanya, atau sekadar mencari rasa selamat. Jadi apabila mereka tiada, dunia yang kita kenal terasa berubah serta-merta.

Baru-baru ini tular apabila seorang wanita berkongsi rasa syukur terhadap penerbangan yang dinaikinya kerana sempat berjumpa arwah ayahnya buat kali terakhir.

SAYS.com
Image via Ruzy Adila Idris (Facebook)

Kapten pesawat selamat mendarat 20 minit lebih awal dari jangkaannya

Menerusi laporan Sinar Harian, Ruzy Adila Idris telah berkongsi satu hantaran di Facebook mengenai pengalaman yang menjadi antara kenangan paling menyentuh dalam hidupnya.

Perjalanan pulang menaiki pesawat Malaysia Airlines dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada Rabu bertukar penuh emosi apabila ia menentukan peluangnya untuk bertemu arwah ayah, Allahyarham Idris Abu Bakar, buat kali terakhir.

Dalam perkongsian tersebut, Ruzy menceritakan rasa gundah yang menyelubungi dirinya ketika pesawat masih di udara.

Beliau bimbang tidak sempat tiba sebelum pengebumian ayahnya, dan detik itu membuatkan setiap minit terasa begitu panjang.

Dalam keadaan cemas, Ruzy menulis sepucuk nota kepada juruterbang untuk memohon pertimbangan agar pesawat dapat mendarat sedikit lebih awal.

"Selepas menerima nota itu, pramugari beritahu pilot akan cuba tiba 15 minit lebih awal," katanya.

SAYS.com
Image via Ruzy Adila Idris (Facebook)

Namun, usaha kapten pesawat itu nyata melangkaui jangkaan. Ruzy dan anaknya mendarat 20 minit lebih awal daripada jadual asal.

Ia sesuatu yang disifatkannya sebagai anugerah Tuhan melalui kebaikan hati seorang insan yang tidak pernah dikenalnya.

"Kami dua beranak benar-benar memanjat kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana hadirkan kami orang yang baik," katanya lagi, menambah bahawa penerbangan itu terasa begitu singkat kerana debaran dan harapan yang mengiringinya.

Tiba lebih awal di KLIA membolehkannya pulang ke Puncak Alam dan menatap wajah ayahnya buat kali terakhir.

"Kenangan yang akan diingati sampai akhir hayat."

Ruzy turut menutup hantarannya dengan kata-kata, "Humanity shows in quiet gestures: the hand we hold, the hurt we heal."

Kisah yang dimuat naik pada Khamis itu segera mengundang pelbagai reaksi warganet.

SAYS.com
Image via Ruzy Adila Idris (Facebook)
SAYS.com
Image via Ruzy Adila Idris (Facebook)

Lihat hantaran di bawah:

SAYS.com
Image via Ruzy Adila Idris (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik