Terengganu Tetapkan Larangan Aktiviti ‘Busking’ Sepanjang 10 Malam Terakhir Ramadan

Hanya persembahan bercorak ketuhanan termasuk nasyid dan seumpamanya serta lagu raya dibenarkan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Terengganu telah menetapkan garis panduan tetap bagi aktiviti busking di seluruh negeri sepanjang bulan Ramadan melalui seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah menerusi kenyataan di Facebook, keputusan ini diambil setelah mempertimbangkan maklum balas pelbagai pihak melalui sesi libat urus pada 12 Januari 2026.

Perbincangan tersebut melibatkan kerjasama antara MBKT, Persatuan Busker Negeri Terengganu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, dan Majlis Perbandaran Kemaman bagi memastikan aktiviti tersebut terkawal dan menghormati kesucian Ramadan.

Kerajaan negeri menetapkan larangan sepenuhnya terhadap aktiviti busking di seluruh kawasan PBT sepanjang 10 malam terakhir Ramadan (21 hingga 30 Ramadan 1447H). Bagi tempoh sebelum itu, aktiviti busking masih dibenarkan namun tertakluk sepenuhnya kepada syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh PBT daerah masing-masing.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via New Straits Times

Hanya persembahan kandungan berkonsepkan ketuhanan seperti nasyid, lagu-lagu seumpamanya serta lagu raya dibenarkan

Bagi memastikan keharmonian dan kesucian bulan Ramadan, Wan Sukairi Wan Abdullah menetapkan beberapa syarat utama aktiviti busking, antaranya waktu persembahan hanya bermula dari 9.30 malam hingga 12.00 tengah malam di lokasi yang jaraknya melebihi 500 meter dari masjid atau surau.

Selain itu, kandungan persembahan dihadkan kepada lagu bercorak ketuhanan, nasyid, dan lagu raya sahaja.

Beliau turut meminta agar PBT tidak mengenakan fi atau caj yang tinggi kepada busker yang mematuhi peraturan tersebut demi menjaga kebajikan mereka.

Ketetapan ini dimaklumkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Portfolio Kerajaan Tempatan dan Perumahan kali pertama bagi tahun 2026 yang bertujuan menjamin keselamatan serta keselesaan masyarakat.

Kerajaan negeri menyeru semua pihak agar memberikan kerjasama penuh dalam mematuhi garis panduan ini bagi mengekalkan suasana harmoni di seluruh Terengganu sepanjang bulan suci.

SAYS.com
Image via Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: