Terengganu Larang Pengunjung Lakukan Aktiviti Air Mandi Laut & Berkhemah Ketika Musim Tengkujuh
Pengunjung diingatkan agar tidak melakukan aktiviti seperti mandi di laut atau air terjun kerana risiko kepala air.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Orang ramai yang merancang untuk bercuti di Terengganu sempena cuti persekolahan akhir tahun, yang akan bermula minggu hadapan, diingatkan dengan tegas untuk mengelakkan sebarang aktiviti air disebabkan oleh Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang berlaku
Menerusi laporan Bernama, Datuk Razali Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, menjelaskan bahawa keselamatan nyawa adalah keutamaan.
Oleh sebab itu, aktiviti seperti mandi laut dan berkhemah di kawasan rekreasi air terjun adalah dilarang keras.
Beliau juga meminta pihak hotel serta pengusaha penginapan pelancongan supaya turut memberi penerangan, termasuk melalui video, mengenai bahaya aktiviti di laut ketika musim tengkujuh.
"Kami faham pengunjung akan ramai pada musim cuti sekolah.
"Sehubungan itu, ada beberapa destinasi yang pengunjung diingatkan agar tidak melakukan aktiviti seperti mandi di laut atau air terjun kerana risiko kepala air.
"Kami juga sudah memberi nasihat kepada pengusaha hotel dan resort, terutama di tepi pantai. Bagi pulau pula, kami serahkan kepada Jabatan Laut untuk membenarkan atau tidak pelancong untuk masuk ke satu-satu lokasi," katanya.

Razali ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kalendar Acara Pelancongan dan Kebudayaan (COE) Terengganu 2026.
Image via Berita Harian//BAHAROM BAKARPelancongan Terengganu sasar peningkatan pelancong asing 30% pada 2026
Dalam pada itu, sektor pelancongan Terengganu mencatatkan kejayaan besar apabila merekodkan kedatangan 8.5 juta pelancong dari Januari hingga November lalu, sekali gus mengatasi sasaran awal sebanyak enam juta pelancong.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris, memaklumkan daripada jumlah tersebut, 7.2 juta adalah pelancong domestik, manakala selebihnya adalah pelancong asing.
Bercakap selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kalendar Acara Pelancongan dan Kebudayaan (COE) Terengganu 2026 hari ini, beliau menyatakan keyakinan untuk terus meningkatkan angka pelancong.
"Untuk tahun depan (2026), kami menyasarkan kadar kedatangan pelancong asing meningkat 30 peratus," kata Datuk Razali, yang turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Hilman Hajijan.
Dalam majlis yang sama, Razali turut memaklumkan bahawa Kalendar Acara Terengganu 2026 akan menyenaraikan 113 acara, termasuk 13 program utama. Jumlah ini sedikit berkurangan berbanding 123 acara yang disenaraikan pada tahun ini.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Utusan MalaysiaLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 