Tengku Amir Shah Selamat Diijabkabulkan, 11 Das Tembakan Meriam Jadi Simbolik Ijab Kabul Diraja

Difahamkan, upacara penuh istiadat itu dijalankan oleh pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) dari Kem Sungai Buloh.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz dalam sebuah istiadat tertutup yang berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, pagi tadi

SAYS.com
Image via Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, sekitar jam 10.05 pagi, 11 das tembakan meriam kedengaran dilepaskan dari perkarangan istana, sebagai simbolik tanda sahnya ijab kabul pasangan diraja berkenaan.

Upacara penuh istiadat itu dijalankan oleh pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) dari Kem Sungai Buloh.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan berangkat bagi menyaksikan istiadat bersejarah tersebut.

Raja Muda Selangor sebelum itu berarak menaiki kereta Rolls Royce dari Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz sehingga ke pintu hadapan Istana Alam Shah

SAYS.com
Image via Harian Metro

Perarakan itu disaksikan kira-kira 2,000 rakyat yang memenuhi sepanjang laluan bagi memberi sokongan dan meraikan detik bersejarah ini.

Namun, hanya sehingga ke pintu hadapan istana sahaja rakyat dibenarkan mengikuti perarakan, kerana istiadat pernikahan berlangsung secara tertutup di Masjid Istana Diraja.

Majlis Istiadat Persandingan Diraja serta Majlis Santapan Diraja sempena perkahwinan ini pula dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: