Tempahan Rembayung Jadi Kenangan, Lelaki Ajak Kenalan Rawak Di Threads Join Makan

Tahu-tahu dah jadi kawan dah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @rembayungmy
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Fenomena Khairul Aming nampaknya belum berakhir apabila pembukaan restoran terbaharunya, Rembayung, mencetuskan gelombang luar biasa dalam kalangan pencinta makanan

Restoran yang kini tular di pelbagai platform media sosial itu dilaporkan sentiasa menerima tempahan yang padat sehingga menyukarkan orang ramai untuk mendapatkan slot.

Untuk rekod, Rembayung mengamalkan polisi tempahan sepenuhnya, bermakna tiada urusan secara 'walk-in' dibenarkan bagi menjamin kualiti perkhidmatan.

Namun, di sebalik kehangatan isu tempahan yang penuh, muncul sebuah kisah unik melibatkan seorang lelaki yang berjaya menjadi antara rakyat Malaysia terawal mengamankan slot di sana.

Menariknya, dia telah melakukan satu tindakan luar biasa dengan mengajak orang asing secara rawak di laman Threads untuk menyertainya menikmati hidangan di restoran tersebut.

SAYS.com

Berjaya dapat booking dan ajak tiga orang lain untuk makan bersama

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok rasmi @rembayungmy, Khairul Aming dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila mengetahui sekumpulan pelanggan yang hadir ke restorannya itu sebenarnya merupakan orang asing yang saling tidak mengenali.

Difahamkan, segala-galanya bermula apabila seorang pelanggan lelaki berjaya mendapat slot tempahan untuk empat orang.

Memandangkan dia hanya hadir sendirian, dia mengambil langkah luar biasa dengan membuat hantaran secara rawak di laman Threads untuk mengajak sesiapa sahaja yang berminat menyertainya.

Apa yang lebih menarik, 'meja bulat' tersebut akhirnya dihadiri oleh rakan-rakan baharu yang sanggup datang jauh dari Sabah, Sarawak, dan Kuala Lumpur.

"Abang kita ni berjaya book untuk 4 pax tapi dia boleh datang sorang je. Jadi dia ajak strangers untuk join dan hari ini mereka jadi kawan baru di Rembayung. Ada yang datang dari Sarawak, Sabah dan KL," tulis kapsyen video tersebut.

Lihat video di bawah:

@rembayungmy

Abang kita ni berjaya book untuk 4 pax tapi dia boleh datang sorang je. So dia ajak strangers m untuk join and hari ni jadi kawan baru di Rembayung. Ada dari Sarawak, Sabah dan KL 🥹

♬ original sound – REMBAYUNG – REMBAYUNG