Teman Wanita Selamat Peluk Islam, Ben Amir Titip Pesanan Menyentuh Hati
Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan seterusnya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon kacak Ben Amir berkongsi satu khabar gembira yang membuat ramai peminat turut tersenyum apabila teman wanitanya kini sudah sah memeluk agama Islam
Menerusi hantaran di Instagram, Ben memuat naik momen penuh makna ketika wanita itu melafazkan dua kalimah syahadah di Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Ben titip pesanan menyentuh jiwa buat teman wanita
Dalam momen yang cukup tenang itu, Ben turut menzahirkan rasa syukur dan menitipkan pesanan penuh kasih.
"Selamat datang kepada Islam. Ambillah masa untuk mengenalinya perlahan-lahan, hayati keindahannya dan ingatlah bahawa kamu tidak pernah bersendirian.
"Semoga kasih dan rahmat ALLAH sentiasa melindungimu. Moga perjalanan ini mendekatkanmu kepada ketenangan, tujuan hidup dan diri sebenar yang penuh makna," kongsinya.


Lihat posting di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 